Friday, July 31, 2009

Produk MINDA Farmina Bio Plus Bantu Pelajar

Berasaskan rumusan biokimia homeopati dan bioteknologi herba, produk yang terdiri daripada Bio QI, Bio Haz, Bio Sasmat dan BioLingua itu dikatakan mampu membantu meningkatkan minat pelajar untuk mempelajari mata pelajaran seperti Matematik, Sains, Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia.

BERHADAPAN dengan anak-anak yang bermasalah dalam pembelajaran, lemah daya ingatan, tiada semangat untuk belajar dan kurang keyakinan diri pasti merunsingkan setiap ibu bapa.

Sekali imbas, wajah mereka normal, malah mereka boleh bertutur, mendengar, memahami dan cukup sifat, namun di sebalik itu ada kekurangannya yang harus diberi sokongan dan bantuan.

Usaha Dr. Farmina Hassan mencari formula produk kesihatan menghasilkan Farmina Bio Plus yang berasaskan rumusan biokimia homeopati dan bioteknologi herba.

Pengalaman beliau sendiri sebagai guru kaunselor banyak mempertemukan dirinya dengan pelajar-pelajar sekolah, khususnya yang menghadapi pelbagai masalah seumpamanya.

Berasaskan rumusan biokimia homeopati dan bioteknologi herba, produk yang terdiri daripada Bio QI, Bio Haz, Bio Sasmat dan BioLingua itu dikatakan mampu membantu meningkatkan minat pelajar untuk mempelajari mata pelajaran seperti Matematik, Sains, Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia.

Ketua Pegawai Eksekutif Farmina Bio Plus & Consultant Sdn. Bhd (FBPC), Ayob Muhammad berkata, produk ini bukan sahaja tiada kesan sampingan, tetapi juga mendapat kelulusan daripada Kementerian Kesihatan yang memiliki kilang sendiri berstatus Amalan Pengilangan Yang Baik (GMP).

Sunday, July 19, 2009

PRINSIP ASAS HOMEOPATI

Homeopati: Asal Usul Dan Kegunaannya - BHG 1

PRINSIP ASAS HOMEOPATI SERTA PENGENDALIANNYA

Sebelum kita menghuraikan tatacara dalam pengendalian perubatan homeopati, prinsip-prinsip asas homeopati yang meliputi Prinsip Seraksi (Law of similar), Prinsip Single Remedy, Prinsip Dos Minimum dan Prinsip Kesembuhan haruslah difahami supaya dapat memudahkan pemahaman terhadap perubatan homeopati.

PRINSIP SERAKSI (LAW OF SIMILAR)

Prinsip seraksi boleh di definasikan sebagai cara homeopati merawat dengan menggunakan bahan-bahan yang mampu melahirkan tanda-tanda yang serupa ataupun hampir sama apabila diberikan kepada seorang yang sihat dengan tanda-tanda yang dipamerkan dalam diri pesakit itu. Umpamanya, katakan penawar Ipecacuanha, iaitu satu penawar yang mampu melahirkan tanda-tanda loya dan muntah apabila diberikan dos-dos tertentu kepada orang yang sihat. Oleh kerana kesan pemberian penawar Ipecacuanha tadi ke atas orang yang sihat, maka ia adalah wajar dan rasional diberikan untuk merawat kes-kes pesakit yang mengalami masalah loya dan muntah. Keadaan inilah yang dikatakan oleh Dr. hahnemann dalam bahasa Latin sebagai similia similibus curentur ataupun "biar yang serupa disembuhkan dengan yang serupa".

PRINSIP SATU PENAWAR (LAW OF SINGLE RAMEDY)

Untuk memulihkan pesakit kepada keadaan yang normal, homeopati menganjurkan supaya pesakit hanya diberikan sejenis penawar sahaja, iaitu penawar yang mempunyai persamaan yang terhampir dengan tanda-tanda yang dimenifestasikan oleh pesakit. Inilah yang dikenali sebagai prinsip pemberian satu penawar. Pemberian satu penawar ini mempunyai kebaikannya yang tersendiri. Antaranya,, pemberian satu penawar membolehkan kita dengan mudahnya mengenal dan menilai tindakan penawar. Hal ini sukar dipastikan apabila pelbagai jenis penawar diberi kerana kita sukar mengesan yang mana dan sejauh manakah satu-satu penawar memberikan kesan.

Prinsip ini turut dikenali sebagai Individualisation dalam rawatan. Individualisasi dalam rawatan ini bermaksud homeopati mengambil pendekatan iaitu setiap pesakit patut dirawat sebagai individu yang tersendiri dan unik. Dengan kata-kata lain, homeopati menekankan pendekatan holistik, yakni seseorang pengamal yang bertindak sebagai perawat tidak harus hanya menumpukan semata-mata kepada bahagian-bahagian tertentu pesakit dalam memberikan ubat, tetapi perawat hendaklah secara keseluruhan melihat pesakit itu dari segi fizikal, emosi dan mental. Keadaan ini adalah seperti kata-kata Dr. Hahnemann:

"…Dalam rangka usaha penyembuhan, seseorang (doktor) harus mengambil kira konstitusi fizikal yang nyata terhadap si sakit, ciri-ciri interlek dan aktivitinya, gaya hidup dan tabiatnya, taraf sosialnya, hubungan kekeluargaannya, usianya, kehidupan seksual dan sebagainya." (Organon para 5:32)

Dalam hal ini, rawatan moden seperti rawatan konvensional sentiasa mengabaikan perkara ini. Doktor atau pengamal konvensional sentiasa berdasarkan rawatannya kepada keserasian antara ubat dengan tanda-tanda penyakit. Inilah antara kelainannya apabila dibandingkan dengan homeopati. Rawatan homeopati adalah lebih rumit dan bersifat 3 dimensi, iaitu homeopati akan berusaha menyesuaikan antara ‘ tanda-tanda – pesakit – penawar’ (bukan sekadar ‘penyakit-ubat’). Oleh itu, rawatan homeopati memerlukan ubat yang berlainan bagi orang yang mengalami sakit yang sama.

PRINSIP DOS MINIMUM ( THE INFINITESIMAL DOSE)

Dalam prinsip ini, dos penawar yang diperkecilkan secara progresif turut mempertahankan kesan terapeutik dalam perubatan homeopati. Dalam hal ini, pelbagai ujikaji pernah dilakukan oleh Dr. Hahnemann dan hasilnya, beliau mendapati dengan penggunaan penawar-penawar homeopati pada dos yang kecil, ia adalah selamat bagi pesakit tanpa sebarang kesan sampingan yang buruk.

Apabila seseorang pengamal menemui penawar yang berkaitan dan serasi dengan pesakit, ini tidak bermakna tugasnya telah selesai. Tetapi, penentuan terhadap dos yang bersesuaian iaitu dengan dos terkecil adalah penting. Mempreskripsi pesakit dengan satu dos bahan asal penawar adalah membahayakan. Jadi, pemberian mikro dos menjadi amalan dalam rawatan homeopati kerana ia lebih selamat digunakan.

Tindakan dos minimum atau mikro dos ini adalah bersesuaian dengan The Ardnt-Schultz law yang menekankan bahawa dos kecil merangsang, dos sederhana melumpuh dan dos besar membunuh. (Mohd. A. Bakar: 37). Jadi, penggunaan dos minimum atau penawar yang telah diperkuatkan kuasa pada satu tahap tertentu adalah selamat dan berkesan.

PRINSIP KESEMBUHAN (HERING’S LAW OF CURE)

Secara umumnya, para pengamal homeopati memberikan definisi SIHAT sebagai satu keadaan di mana seseorang individu itu bebas daripada sakit dalam 3 peringkat yang saling berhubungan, iaitu fizikal, emosi dan mental. Sakit akan lahir apabila fisiologinya tidak berfungsi dengan betul, emosinya tidak tenang, serta mentalnya terganggu dan hilang segala kreativiti.

Dalam rawatan homeopati, prinsip kesembuhan ini diperkembangkan oleh Dr. Constantine Hering. Akan tetapi, perjalanan proses kesembuhan ini telahpun diamalkan oleh Dr.Hahnemann semenjak homeopati diperkenalkan. Berdasarkan prinsip ini, pemulihan yang berlaku ke atas orang yang sakit kepada sihat seharusnya mengikut aturan yang dijangka.

Dalam pergerakan ke arah kesembuhan, tanda-tanda penyakit akan beralih daripada bahagian-bahagian organ yang penting kepada bahagian-bahagian yang kurang penting. Umpamanya, dalam penyakit Rheumatic (sakit sendi), apabila tanda-tanda sendi hilang, ia akan beralih ke bahagian jantung. Apabila tanda-tanda bahagian jantung bertambah baik, sakit-sakit dirasai pada bahagian bahu dan siku, dan kemudian di bahagian lutut dan pergelengan kaki dan seterusnya sehingga pesakit itu sembuh secara total (A.Bakar: 39).

Dengan adanya 4 prinsip asas yang merupakan teras kepada perubatan homeopati, ia akan membezakan perubatan ini dengan perubatan allopati ataupun konvensional yang mempunyai cara rawatannya tersendiri.

TATACARA PEMBERIAN PERUBATAN HOMEOPATI

Dalam perubatan homeopati, kekerapan mengulangi sejenis penawar adalah penting. Dalam hal ini, penawar homeopati biasanya berada dalam 5 bentuk iaitu cecair, globul/pil, disket/blanket, debu dan lotion/krim. Manakala dari segi pengambilan penawar pula, terdapat beberapa klasifikasi utama dos farmakologi yang dikenali dalam ilmu perubatan homeopati. Antaranya adalah seperti berikut:

· Dos Maksimum: iaitu pengambilan penawar dalam kuantiti yang banyak, tetapi umumnya tidak mendatangkan kemudaratan kepada manusia. Biasanya ia dirujuk kepada dos allopati.
· Dos Fatal: ialah dos yang memberi kesan toksik dan pengambilan ini boleh mengakibatkan tanda-tanda toksik atau membawa kematian.
· Dos Homeopati: iaitu dos yang telah diperkuat kuasa dan tiada kesan sampingan atau toksik timbul akibat daripada pengambilan pada peringkat ini.
· Dos Minimum: ialah kuantiti minimum penawar homoeopati yang cukup untuk memberikan kesan kesembuhan yang diperlukan.

Jadi, dalam homeopati, penawar yang dirujukkan ialah dalam dos yang telah diperkecilkan dan penawar-penawar yang diperkuatkan kuasa (potentise) dan berpotensi disediakan mengikut aturan yang ditetapkan oleh Dr. Hahnemann.

PENGAMBILAN PENAWAR

Biasanya, penawar-penawar homeopati diberi dalam bentuk globul (disebut ‘pil’ dalam konteks awam) yang diperbuat daripada gula tebu asli dengan saiz sederhana besar. Cara sebaiknya dalam pengambilan homoeopati adalah dengan diletakkan di atas atau di bawah lidah sehingga larut. Jika penawar itu diberikan dalam bentuk tablet, pesakit boleh mengunyah atau memamahnya. Walau bagaimanapun, pesakit disarankan supaya mengelakkan daripada menelan penawar berserta dengan meminum air kosong seperti yang dilakukan dalam pengambilan ubat allopati.

Lantaran itu, kekerapan mengambil penawar adalah penting diberi perhatian. Untuk melihat kesan langsung penawar, kuantiti dan kekerapan pengambilan ubat bergantung kepada pengalaman dan eksperimen (A.Bakar: 54). Ini bermakna keadaan umur, tabiat dan keadaan kesihatan seseorang adalah sangat penting dipertimbangkan. Tambahan lagi, untuk mendapat kesan yang lebih, penawar tersebut hendaklah dimakan semasa perut kosong. Lebih baik lagi, pesakit digalakkan menggunakan penutup botol semasa mengambil penawar untuk dimasukkan ke mulut agar ia tidak bercampur dengan air ataupun peluh di tangan. (Sharma: 94).

PANTANG-LARANG DALAM PENGAMBILAN HOMEOPATI

Dalam tempoh pengambilan penawar homeopati, adalah wajar mengambil perhatian tentang beberapa perkara:

· Elakkan meminum minuman seperti kopi, the dan nescafe. Bahan-bahan ini mengandungi caffeine dan akan mematikan kuasa penawar yang diambil.
· Sebaiknya mengelakkan memakan bahan makanan yang bercuka atau yang masam.
· Kurangkan atau elakkan daripada merokok. Kesan kandungan dalam tembakau seperti tar, nikotin akan mengganggu proses rawatan.
· Penawar dan pesakit hendaklah dijauhkan daripada semua jenis minyak angin. Jarakkan jangka masa penggunaannya dengan pengambilan penawar jika tidak dapat dielakkan.
· Pemberian penawar homoeopati bersekali dengan ubat-ubat yang mengandungi bahan dadah pada umumnya tidak digalakkan.

Pantang-larang di atas adalah penting diikuti khasnya bagi mereka yang mengambil homeopati untuk jangka waktu yang lama. Kebanyakkan bahan yang dipantangkan itu bukan sahaja baik untuk tujuan rawatan, tetapi juga untuk kepentingan kesihatan pesakit.

PANDANGAN HOMEOPATI DARI PERSPEKTIF AGAMA ISLAM

Perubatan adalah satu aspek yang sememangnya tidak boleh dipisahkan dengan agama Islam. Salah satu hadis Rasulullah s.a.w pernah meriwayatkan bahawa:

"Setiap penyakit ada ubatnya, jika tepat ubatnya, maka ia akan sembuh dengan izin Allah".

Dalam sistem perubatan homeopati, para pengamalnya yang beragama Islam telah cuba menegaskan bahawa sistem rawatan ini mempunyai persamaan yang jelas dengan Islam, walaupun ia tidak pernah disebut oleh pengasasnya, Dr. Hahnemann (Mohd A. Bakar: 119).

Dalam hal ini, homeopati mempunyai asas fitrah dan asas Islam seperti yang dilihat dari sudut penerapan ilmu sains pada hari ini. Ini bermakna bahawa sejarah sebenarnya telah membuktikan bahawa penawar-penawar homeopati mempunyai ketetapan daya kesembuhan. Ini berbeza dengan ubat-ubat moden yang biasanya digunakan untuk beberapa lama, tetapi apabila ditemui kesan sampingan, ia akan diketepikan dan digantikan dengan ubat-ubat baru yang lebih berkesan dan selamat. Akan tetapi, penawar-penawar homeopati tidak akan berubah penggunaannya walaupun untuk jangka masa seribu tahun dan penawar yang digunakan pada zaman Hahnemann akan digunakan untuk sekarang mahupun masa hadapan. Dengan kata-kata lain, asas perubatan homeopati adalah sama seperti hukum alam, fitrah dan sunnah Allah yang kukuh dan kekal.

Ia seumpama khasiat madu yang disebut dalam al-Quran, surah an-Nahl ayat 69:

"Dari perut lebih itu keluar minuman (madu) yang bermacam-macam warna, di dalamnya terdapat ubat yang menyembuhkan manusia".

Ini bermaksud bahawa madu yang dinyatakan oleh Allah di dalam al-Quran akan sentiasa berguna untuk manusia. Asas inilah yang terdapat di dalam penawar homeopati yang khasiat penawarnya berterusan dan bukan bergantung kepada penemuan yang baru. (Mohd. Hatta A. Bakar: 125)

Di samping itu, menurut Prof. Dr. Mohd. Nor Noordin, beliau pernah mengatakan bahawa arah kesembuhan homeopati yang dikenali Hering’s law of cure dapat dikesan daripada gambaran yang diberikan oleh al-Quran surah as-Sajdah, ayat 5 yang bermaksud:

"Allah mentadbir urusan pentadbirannya dari langit (atas) ke bumi (bawah)".

Ayat ini mempunyai makna tersirat di dalamnya. Bagi beliau, pengurusan yang dijalankan dari alam roh ke alam jasad adalah sama dengan generalisasi bagi proses hayat semasa sihat dan sakit. Ini pernah dimaklumkan dalam prinsip kesembuhan Hering bahawa kesembuhan akan berlaku sama ada dari atas ke bawah atau dari dalam ke luar. Cara kesembuhan secara fitrah ini sememangnya amat seiras dengan catatan al-Quran.

KESIMPULAN

Menyorot kembali kepada sejarah bermulanya homeopati sejak zaman penemuannya yang dilalui oleh Dr. Samuel Hahnemann, didapati bahawa homeopati sememangnya telah mengharungi pelbagai zaman yang sangat sukar dan penuh dengan rintangan.

Walau bagaimanapun, dengan adanya kesedaran masyarakat dunia tentang senaman, pemakanan dan sebagainya yang menumpukan kepada rawatan secara holistik, maka ini telah membantu penerimaan semula orang ramai terhadap perubatan homeopati.

Sejarah Perubatan Homeopati

Perubatan Homeopati: Asal Usul Dan Kegunaannya

PENDAHULUAN

Homeopati atau dalam bahasa Inggerisnya Homeopathy berasal daripada dua perkataan, iaitu "homoios" dan "pathos". Homoios bermaksud "serupa" atau "seumpama"; Sementara pathos membawa maksud "penderitaan", "penyakit" atau "perasaan". Dengan kata-kata lain, homeopati merupakan suatu kaedah ataupun sistem terapeutik yang memfokuskan kepada "merawat penyakit atau pesakit menerusi prinsip serupa dengan yang serupa" (Similia Similibus Curentur).

KONSEP PERUBATAN HOMEOPATI

Konsep dan undang-undang fundamental homeopati telah bermula sejak zaman Hippocrates, iaitu pakar perubatan Greek yang hidup pada kurun ke-5SM. Menurut Hippocrates, beliau pernah berkata:

" By similar things, a disease is produced and through the application of the like, it is cured." (Mohd. Hatta Abu
Bakar :3)

Dengan perkataan lain, menerusi benda yang serupa terhadap sesuatu penyakit itu terjadi dan menerusi aplikasi yang
serupa ia dapat disembuhkan. Konsep sedemikian juga dimaklumkan oleh Paracelsus, iaitu seorang ahli perubatan German pada abad ke-16M. Namun demikian, didapati bahawa Dr. Samuel Hahnemannlah yang merupakan orang pertama dalam mengasaskan konsep ini supaya menjadi suatu sistem perubatan yang saintifik dan juga sebagai suatu sistem perubatan alternatif kepada perubatan moden.

SEJARAH PERKEMBANGAN PERUBATAN HOMEOPATI

LATAR BELAKANG SAMUEL HAHNEMANN

Christian Friedrich Samuel, iaitu nama sebenar yang diberikan kepada Dr. Samuel Hahnemann merupakan seorang ahli perubatan berbangsa German yang dilahirkan di Meissen, German Timur pada tahun 1755. Semasa menerima pendidikan tinggi di eissen, beliau dianggap sebagai seorang pelajar yang cerdas dan pintar. Menjelang tahun 1775, beliau meneruskan pelajarannya di Universiti Leipzig dalam bidang perubatan. Dua tahun kemudian, beliau meninggalkan universiti tersebut dan menetap di Vienna dan Transylvania. Di sana, beliau bertekad mempelajari bahasa-bahasa lain supaya pengetahuannya dalam ilmu perubatan dapat dipertingkatkan. Walau bagaimanapun, beliau mengambil keputusan untuk menamatkan pengajian perubatannya di Universiti Erlangen dan di situlah beliau dianugerahkan ijazah Doctor Of Medicine pada 10 Ogos, 1779.

Dr. Hahnemann memulakan kariernya sebagai pengamal perubatan di Hettstedt, iaitu sebuah perkampungan galian di Saxony. Sewaktu di situ, beliau berasa amat sedih dan kesal kerana tidak dapat memberikan rawatan yang berkesan dan sempurna memandangkan keadaan hidup para pelombong serta keluarga di situ hidup merana. Tambahan lagi, amalan perubatan pada waktu itu sangat mementingkan pembuangan penyakit dan pembedahan, sedangkan penbedahan terhadap penyakit itu tidak begitu diperlukan. Akibatnya, penduduk di situlah yang terpaksa menanggung kesusahan dan kesengsaraan. Lebih-lebih lagi, ubat-ubat yang berbahaya adalah begitu mudah diberikan kepada pesakit-pesakit yang didapati sukar untuk disembuhkan. Situasi sedemikian telah menyakinkan Dr. Hahnemann bahawa "lebih ramai manusia mati disebabkan rawatan berbanding kerana penyakitnya". (Mohd. Hatta A. Bakar: 3).

Apabila menyedari keadaan ini, Dr. Hahnemann berpindah ke Dresden dan menyambungkan pelajarannya dalam ilmu kimia dan perubatan. Semasa di situ, Dr. Hahnemann sentiasa memberikan komentarnya tentang amalan perubatan pada waktu itu sebagai kasar, tidak bertamaddun dan kurang berkesan. Kritikan ini menimbulkan ketidak-senangan hati pihak yang berada dalam profesion perubatan. Oleh itu, dalam jangka masa 5 tahun, Hahnemann sentiasa berpindah-randah dari satu tempat ke tempat lain.

IDEA KEMUNCULAN HOMOEOPATI

Dalam saat-saat kesukaran inilah sistem perubatan baru yang dikenali sebagai Homeopathy mula berkembang. Semasa Dr. Hahnemann menterjemah sebuah buku daripada bahasa Inggeris kepada bahasa German yang ditulis oleh Dr. William Cullen yang berjudul A Treaties On Materia Medica, beliau telah berdepan dengan sejenis ramuan yang dikenali Cinchona officinalis (Peruvian Bark). Ubat ini pernah digunakan untuk merawat malaria di Amerika Selatan dan Eropah. Oleh sebab didorong oleh perasaan yang ingin tahu sangat, Dr. Hahnemann telah mencuba beberapa dos Cinchona dengan tujuan untuk mengetahui kesan dan implikasinya. Setelah mencuba beberapa dos, tanda-tanda utama mula menjelma. Kaki dan jarinya menjadi sejuk, rasa mengantuk secara tiba-tiba, jantung dan denyutan nadinya kian kencang dan tubuhnya menggeletak. Kejadian ini berulang setiap kali apabila dos Cinchona diambil. Daripada kejadian ini, Dr. Hahnemann lantas terfikir suatu prinsip tabii yang dikenali prinsip seraksi (law of similars) yang menekankan bahawa sesuatu ramuan ubat itu boleh menyembuhkan pesakit disebabkan ia boleh menghasilkan tanda-tanda yang serupa apabila ia diberikan kepada orang yang sihat. Walau bagaimanapun, beliau masih tidak begitu menghargai kepentingan penemuannya itu pada peringkat awal.

Menjelang tahun 1799, wabak demam Scarlet telah merebak di Leipzig. Dalam situasi ini, Dr. hahnemann mendapati
Belladonna sangat similar dengan tanda-tanda demam Scarlet. Jadi, beliau dengan penuh yakin memberikan penawar
Belladonna kepada kanak-kanak di Leipzig dalam dos yang telah diperkecilkan. Akibatnya, ramai yang terselamat daripada demam Scarlet. Sungguhpun saranan beliau terhadap penawar Belladonna mendapat tentangan orang ramai, tetapi pada tahun 1838, kerajaan Saxon mengiktiraf Beladonna sebagai penawar bagi demam Scarlet.

PERKEMBANGAN HOMEOPATI SELEPAS 1800-AN

Pada tahun 1810, karya Dr. Hahnemann yang bertajuk Organon Of The Healing Art telah diterbitkan. Di dalam organon inilah Dr. Hahnemann mengembangkan prinsip asas homoeopati kepada SIMILIA SIMILIBUS CURENTUR atau let likes be cured with likes, sementara teras sains yang dianjurkan oleh Dr. Hahnemann dalam seni kesembuhan adalah terdiri daripada prinsip seraksi, pilihan dos minimum yang sesuai dan ulangan dos. Kini, organon tersebut telah diiktiraf di seluruh dunia.

Di samping itu, Hahnemann turut menubuhkan kesatuan yang dikenali The Provers Union di mana ahli-ahli persatuan ini adalah terdiri daripada beberapa orang doktor daripada sahabat beliau. Persatuan inilah yang telah mengambil risiko dalam menguji khasiat penawar dari bahan kimia, akar tumbuhan dan garam-galian. Akibatnya, hasil penemuan mereka amat berjaya dan telah diterbitkan dalam buku Meteria Medica Pura pada tahun 1811.

KEMEROSOTAN PERUBATAN HOMEOPATI

Walau bagaimanapun, pengamalan homeopati yang menegaskan penggunaan dos yang sedikit ini telah membangkitkan pembancuh-pembancuh ubat yang mengalami kerugian besar semenjak homoeopati diperkenalkan. Akibatnya, undang-undang Constitutiones Frederici II Imperatoris telah diluluskan bagi tujuan mengehadkan kerja-kerja membancuh ubat hanya dikhaskan orang-orang tertentu sahaja. Ini bermakna para doktor dilarang daripada memberikan ubat bancuhan secara langsung kepada pesakit. Tekanan sedemikian terhadap amalan homeopati berlanjutan selama beberapa tahun. Lebih-lebih lagi, banyak artikel yang ditulis khas untuk memperkecilkan homeopati tersiar di akhbar dan jurnal-jurnal perubatan.

Tambahan lagi, ramai doktor perubatan homeopati turut didakwa, umpamanya Dr. Christian Hurnburg didakwa dan dipenjarakan sehingga beliau meninggal dunia 3 hari kemudian. Dalam tekanan-tekanan sedemikian, Dr. Hahnemann telah menemui seorang panglima besar, Duke Ferdinand yang berpangkat dan beliau membenarkan Dr. Hahnemann meneruskan semula amalan homoeopati.

Selepas menghadapi pelbagai rintangan dalam mengusahakan homeopati, pada tahun1835, hanya kira-kira 3 bulan sebelum beliau menyambut hari jadinya yang ke-80, Dr. Hahnemann telah dipilih sebagai Honorary Member of the North American Academy of Homeopathy yang berpusat di Allentown, Pennsylania. Kolej Homeopati yang pertama telah didirikan di Amerika Syarikat oleh Dr. Constantine Hering, iaitu salah seorang daripada sahabatnya yang sama-sama berjuang dalam menegakkan sistem perubatan homeopati. Menjelang 1840-an, penentangan daripada kalangan doktor allopati telah berkurangan. Namun begitu, apabila Dr. Hahnemann meninggal dunia pada 2 Jul. 1843, perubatan homeopati sekali lagi telah mengalami kemerosotan akibat daripada sikap cemburu dan prejudis pakar perubatan lain terhadap amalan homoeopati.

Asal Usul Homeopati

Asal Usul Homeopati

Homeo- persamaan 'Pati' rawatan. Homeopati bererti rawatan yang berasaskan persamaan atau ringkasnya 'keserasian'. Ianya satu sistem perubatan yang lengkap, diasaskan oleh Prof Samuel Hahnemann dari Germany pada tahun 1810 dan berpandukan perinsip penyembuhan 'semulajadi' atau 'natural way of healing'

Perinsip Asas Perubatan Homeopati

Ada 6 perinsip asas homeopati:-

1. Ujikaji Terhadap Manusia Sihat.
Semua ubat-ubat homeopati wajib menjalani ujikaji ubat-ubatnya terhadap manusia sihat dan bukannya ujikaji keatas haiwan seperti mana perubatan lain, kerana bagi pendapat ahli-ahli homeopati,"Hanya ubat-ubat yang diujikaji terhadap manusia sahaja, layak diberikan kepada manusia"

2. Dos Tunggal
Semua ubat-ubat yang hendak diberi kepada pesakit wajib diberi dalam dos yang tunggal dan tidak boleh diberi dalam dos yang banyak atau banyak ubat dimakan dalam satu waktu. Ini untuk mengelakkan kesan sampingan.

3. Dos Minima
Semua ubat-ubat hendaklah diberi dalam dos yang paling minima. Dos yang kuat akan memusnahkan sel-sel dalam badan manusia.

4. Tenaga Hayat
Sihat dan sakit bergantung kepada tenaga hayat seseorang orang.

5. Arah Penyembuhan
Arah penyembuhan ubat hendak mengikut semulajadi dan tidak bertentangan antara satu sama lain.

6. Wajib Serasi
Hanya ubat-ubat yang serasi sahaja boleh menyembuhkan setiap penyakit atau dikelani sebagai 'Similia Similibus Curentur'

Kebaikan Homeopati

Tidak ada kesan sampingan
Tidak memudaratkan badan
Tidak memberi ketagihan
Penyembuhan secara semulajadi
Homeopati Perubatan Masa Depan Untuk anda Sekeluarga

Ubat Homeopati Cerdaskan Otak

Dalam pasaran di Malaysia hari ini terdapat begitu banyak penawar minda. Suatu kekeliruan yang berlaku di kalangan masyarakat pula iaitu kesan daripada iklan atau pernyataan-pernyataan orang tertentu yang mempromosi barangan mereka dengan nama ubat cerdas (smart pills) atau ubat kecemerlangan minda.

Ini termasuklah penawar-penawar homeopati, khususnya yang diiklankan oleh akhbar-akhbar yang bukannya akhbar arus perdana.

Pada hakikatnya, memanglah terdapat penawar-penawar homeopati yang mempunyai kesan terhadap minda. Sekiranya terdapat masalah mudah lupa, sukar faham apa yang diajar, resah bimbang dan seumpamanya, masalah-masalah itu boleh ditemukan dengan penawar-penawar homeopati tertentu.

Dari segi amalannya ia harus dipreskripsikan oleh pengamal homeopati setelah melalui proses konsultasi sebagaimana juga dalam merawat sebarang penyakit.

Tetapi oleh kerana penawar-penawar kombinasi menjadi semakin popular dan mudah dipasarkan, timbullah idea sesetengah syarikat untuk memasarkannya sebagai produk minda.

Masyarakat perlu jelas bahawa penawar homeopati dalam bentuk kombinasi pun memang boleh memberi kesan terhadap minda.

Ia boleh dipasarkan secara komersial justeru gabungan beberapa penawar itu memungkinkan lebih banyak simptom minda dan simptom fizikal dapat dikumpulkan di dalam satu remedi.

Tetapi seperti ubat-ubatan lain, ia bukanlah ubat bagi mencerdaskan atau mencemerlangkan pencapaian dalam peperiksaan. Walaupun kesan pada peringkat akhir boleh jadi sampai ke situ.

Konsep mencerdaskan minda jauh berbeza dengan tindakan penawar dari segi mengaktifkan, merangsang atau merawat simptom minda.

Sesetengah kanak-kanak menunjukkan perubahan yang positif setelah mengambil penawar minda homeopati tertentu. Ini pasti berlaku sekiranya simptom pengguna itu menepati simptom penawar yang diambil, seperti yang tertera dalam prinsip asas rawatan homeopati.

Tetapi korelasi di antara pengambilan penawar itu dengan kecemerlangan seseorang dalam peperiksaan adalah sesuatu yang sukar diukur.

Suatu perkara yang diketahui umum juga, semua ubat tradisional perlu didaftarkan dengan Kementerian Kesihatan untuk tujuan pemasaran dan keselamatan pengguna.

Ubat-ubat itu diproses di sini dan kandungannya yang kasar memerlukan penelitian bagi memastikan ia selamat digunakan oleh pengguna. Tetapi sehingga hari ini, tiada satu pun kilang homeopati wujud di Malaysia. Hampir keseluruhan penawar homeopati diimport masuk dan dibancuh secara farmasi bagi kegunaan klinik.

Kaedah itu jugalah yang digunakan dalam membuat penawar minda homeopati, sama ada ia dikomersialkan atau diberikan di klinik.

Seandainya kilang homeopati sudah bertapak di Malaysia, sudah tentu ramai pengamal homeopati di Malaysia berpesta lega justeru tidak perlu membeli dari syarikat yang mengimportnya dari England, Jerman, Pakistan dan India.

Demikian juga sudah pasti di negara kita boleh ditemui Malaysian Homoeopathic Pharmocopoeia sebagaimana yang ada di negara-negara lain yang memberi garis panduan bagaimana penawar-penawar itu dibuat atau dikilangkan.

Taktik menggembar-gemburkan sesetengah ubat hoemopati itu sebagai dikilangkan oleh kilang bertaraf GMP mengelirukan ramai pengguna, bahkan pengedar barangan itu sendiri.

Pertama urusan pengilangan yang sebenar tidak berlaku. Kedua, kilang GMP tradisional hanya diperiksa dari sudut keselamatan bukan keberkesanan ubat. Ketiga, dalam keadaan bagaimanapun, dispensing penawar homeopati adalah selamat kerana tiada kandungan dadah dan urusan ini boleh dirujuk kepada Bahagian Farmaseutikal Kebangsaan, Pusat Racun Negara atau Kementerian Kesihatan.

Malang sekali dalam perkembangan homeopati di Malaysia, ada syarikat-syarikat ubat tradisional yang tidak mengetahui apa-apa pun mengenai homeopati boleh mengiklankan bahawa mereka mengilangkan penawar homeopati dengan kilang GMP herba.

Ada daripada kalangan mereka tidak mempunyai seorang pengamal pun di pejabat dan tidak mampu melayan sebarang masalah yang dibangkitkan pengguna apabila pertanyaan-pertanyaan dikemukakan oleh pengguna mengenai kesan ubat atau masalah-masalah sampingan lain.

Ini merupakan sesuatu yang mengaibkan pengamal dan Persatuan Perubatan Homeopati di Malaysia.

Tetapi tiada apa pun yang dapat mereka lakukan justeru pihak berkenaan telah tersilap meletakkan perubatan homeopati di bawah sistem perubatan tradisional. Suatu perkara yang tidak wajar berlaku di peringkat awal lagi.

Dalam keadaan perubatan tradisional gah dengan kilang-kilang GMPnya, mereka yang kononnya memperjuangkan homeopati tersepit di antara ketidakmampuan membina kilang sendiri dan akta yang ada.

Rahsia Tarikh Kelahiran

Percayakah anda bahawa dengan Tarikh Lahir kita boleh mengetahui pelbagai Rahsia dan Potensi Diri sendiri seperti Kerjaya, Perniagaan, Kekuatan Anda, Kelemahan Anda, Kesihatan, Perhubungan, Kekayaan, Keserasian, Arah Kejayaan dan banyak lagi?

Berdasarkan Tarikh Lahir dan dengan menggunakan Kaedah Sains Metafizik, anda boleh mengetahui tentang diri anda ataupun orang lain secara menyeluruh (ketepatan sehingga 90%). Anda boleh mengetahui perwatakan anda seperti sikap dan personaliti. Dengan membongkar secara lebih mendalam, anda juga dapat mengetahui tentang Kesihatan, Kerjaya, Perniagaan, Hala Tuju Terbaik anda serta Keserasi dan Perhubungan dengan individu lain.

Dengan menggunakan Kaedah Sains Metafizik anda boleh membantu diri anda untuk membongkar rahsia dan potensi diri yang tersembunyi serta memahami diri anda serta orang tersayang dengan lebih baik

Kami akan cuba membongkarkan satu rahsia yang telah lama diamalkan berzaman lamanya. Setiap sesuatu mempunyai rahsianya yang tersendiri, begitu juga dengan tarikh lahir kita. Dengan menggunakan tarikh lahir kita dapat membongkarkan rahsia dan potensi diri. Pengiraan tarikh lahir dengan Kaedah Sains Metafizik akan dapat membantu membongkar rahsia dan potensi diri.

Sebenarnya kajian yang melibatkan rahsia tarikh lahir telah bermula kira-kira 10,000 tahun yang lampau dan ianya diamalkan di zaman Mesir dan Babylon. Di zaman Cina Purba pula melalui buku I Ching terdapat satu penemuan yang berkaitan dengan pola nombor.

Orang Melayu juga tidak kurang dengan ilmu dan petua yang dapat kita ikuti melalui kitab lama seperti Kitab Tajul Muluk. Pelbagai panduan kehidupan untuk melangkah, pindah rumah, mencari jodoh dan banyak lagi. Cuma kita kurang didedahkan dengan ilmu dan petua yang sedemikian.

Misteri Tarikh Kelahiran

Kaedah yang digunakan dalam E-buku ini adalah hasil dari kajian Metafizik, yang digunakan sejak beribu-ribu tahun dahulu. Kaedah ini mengenal pasti corak sesuatu kejadian yang berlaku dan watak seseorang. Kajian ini telah dilakukan sejak beribu-ribu tahun dahulu dan berasal dari timur tengah, barat dan timur.

Kaedah yang digunakan ini adalah suatu panduan dan cara untuk memahami karektor, sifat positif, negatif dan potensi setiap individu bagi membuat strategi dan perancangan peningkatan diri sendiri, keluarga dan rakan taulan. Ianya telah dipermudahkan untuk kita gunakan dalam kehidupan seharian atau karier atau perniagaan kita.

Bukan menilik nasib yang HARAM di sisi Islam, tetapi memahami apakah yang terkandung di dalam ketetapan hidup supaya boleh merangka strategi untuk aktiviti pembetulan, pencegahan, penambahbaikian dan peningkatan boleh dilakukan.

Bukan meramal nasib yang juga HARAM, tetapi membantu manusia merangka satu jadual perjalanan hidup yang lebih berkesan, demi mencapai kepuasan dalam kehidupan di dunia dan akhirat.

Saya telah bertanya kepada ahli agama, mereka menyatakan kalau ingin mengetahui dan mengaplikasikan apa yang diketahui, ia dibenarkan. Tetapi, jangan terlaku taksub dan menyandarkan 100 % harapan padanya, tanpa membuat sesuatu.

Usaha mesti ada, sesuai dengan firman Allah swt, bermaksud lebih kurang, “Allah tidak akan mengubah keadaan seseorang itu, jika dia tidak berusaha mengubah keadaan diri sendiri”

Rahsia Di sebalik Tarikh Kelahiran

Kita semua memiliki Rahsia unik disebalik tarikh kelahiran kita. Takdir kelahiran kita ditentukan oleh Allah swt. Saat kelahiran seseorang dilihat sebagai saat insan tersebut hadir (lahir) ke dunia ini yang mempunyai kitaran dan ketetapannya. Lalu, memahami rahsia tarikh pada hari tersebut umpama membongkar POTENSI DIRI yang tersembunyi. Potensi ini memiliki kekuatan & kelemahannya. Pertembungan nombor-nombor pada digit-digit tarikh menyimpan maklumat-maklumat yang tersendiri. Banyak kaedah untuk membongkar rahsianya. Ada yang berlatar-belakangkan ilmu falaq, i-ching, astronomi, astrologi dan sebagainya.

Membongkar RAHSIA ini merupakan sebuah pengalaman yang menarik. Bukan menilik nasib, namun melihat pattern atau corak yang membentuk kebarangkalian yang mempunyai daya ketepatan yang tinggi. Umpama ahli astronomi & astrologi mengkaji alam untuk mengetahui arah tiupan angin, cuaca, peredaran bintang, peralihan bulan, waktu solat, perubahan musim, tarikh berpuasa, hari raya dan lain-lain.. ianya mempunyai POLA CORAK yang boleh dikodkan. Menyah-kodkannya akan memberikan beberapa maklumat berguna untuk PANDUAN manusia.

Dengan panduan ini, kita buat perancangan kehidupan kita sendiri. Kita yang buat skrip kehidupan kita, bukan dari orang lain.

Jadi, apakah rahsia anda semua? Saya dah tahu rahsia saya dan dah pun buat perancangan 2009, 3 tahun lagi dan 5 tahun lagi.

Rahsia Hormon Ayam Daging

Hormon ayam daging undang komplikasi
[Berikut adalah petikan dari Akhbar Utusan Malaysia Muka Depan.]

Oleh: KHAIRUN NIZAM MOHAMMAD YUSUFF

KUALA LUMPUR 29 Sept. (2006) – Amaran kepada penggemar daging ayam. Mereka yang kerap memakan daging ayam kini perlu lebih berhati-hati berikutan kadar hormon yang tinggi pada haiwan itu boleh mengakibatkan pelbagai komplikasi kesihatan.

Pensyarah Fakulti Farmasi, Universiti Teknologi Mara (UiTM), Dr. Mohd Zulkefeli Md. Jusoh berkata, kekerapan memakan daging ayam khususnya daripada jenis ‘ayam daging’ akan membawa kepada ketidakseimbangan hormon dalam tubuh.

Lebih membimbangkan lagi katanya, dalam tempoh jangka panjang, mereka yang kerap memakannya menghadapi risiko penyakit kanser.

‘‘Secara amnya, tubuh kita memang mempunyai sistem kawalan bahan-bahan asing. Tetapi ia hanya berfungsi untuk tindak balas jangka pendek sahaja dan tidak dapat menentukan apa yang akan berlaku selepas itu, ‘’ katanya.

Menurut Mohd Zulkefeli, kulit ayam juga boleh mendatangkan kemudaratan kerana ia banyak terdedah kepada pelbagai bahan kimia yang beracun.

Justeru, beliau mengingatkan orang ramai supaya memastikan kebersihan bahagian itu ketika membeli ayam daging di pasar.

Beliau bagaimanapun tidak menggalakkan orang ramai memakan kulit ayam kerana mengandungi kolestrol yang tinggi dan berpotensi menyumbang kepada penyakit jantung.

Perkara sama turut dibangkitkan oleh pakar pemakanan daripada Jabatan Pemakanan dan Dietetik, Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, Universiti Putra Malaysia (UPM).

Pakar tersebut yang enggan dikenali berkata, pembesaran ayam daging yang bergantung kepada tindak balas hormon dan bahan kimia boleh memudaratkan sistem pertahanan badan manusia yang memakannya.

‘‘Hormon yang terkumpul dalam badan manusia itu boleh menjadi punca kepada penyakit sekiranya sistem pertahanan badan gagal meneutralkannya (hormon) dalam tempoh yang singkat.

‘‘Apabila bahan-bahan yang tidak biasa diproses ini gagal disintesis dan dipecahkan, ia boleh memberikan kesan apabila tua kelak,’’ katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia hari ini.

Tambahnya, selain hormon, ayam daging juga mempunyai kadar kolestrol yang tinggi berbanding makanan lain dalam kumpulan makanan berprotein.

Keadaan ini meningkatkan lagi risiko didatangi penyakit-penyakit seperti penyakit jantung, diabetes dan masalah kegemukan.

‘‘Satu perkara yang perlu disedari adalah ayam daging membesar secara tidak normal. Justeru, adalah dikhuatiri ia juga boleh menjadi penyebab kepada penyakit-penyakit baru yang tidak pernah wujud sebelum ini,’’ ujarnya.

Justeru, beliau menasihatkan orang ramai supaya mempelbagaikan makanan bagi mengelak mendapat komplikasi daripada amalan memakan ayam daging.

Ini kerana katanya, mempelbagaikan makanan boleh menjamin tubuh mendapat nutrien yang seimbang.

Beliau berkata, selain daging ayam, makanan seperti ikan, daging lembu dan telur ayam turut membekalkan sumber protein yang dikehendaki badan, malah lebih murah jika dibandingkan dengan harga ayam pada masa ini.

Merawat Masalah Jantung

Untuk merawati masalah jantung, adalah dinasihatkan seperti berikut:

- Elakkan makan margarine, krimer dan segala makanan yang mengandungi krimer dan margarine.
- Tukar minyak masak di rumah kepada minyak jagung
- Elakkan makan makanan bergoreng, jika teringin gunakan minyak jagung.
- Elakkan makanan bersantan
- Elakkan makan pisang
- Elakkan mandi selepas makan
- Elakkan makan ais krim, burger, naget, sosej dan makanan segera / rapu lain.
- Elakkan makan kentang goreng terutama sekali French Fries sama ada yang dibeli di Mc Donald atau yang dibeli beku. Potato chip termasuk Pringles amat dilarang sama sekali
- Elakkan kacang goreng bergaram
- Elakkan kulit ayam, conet ayam
- Elakkan makan lemak daging (tetel). Lemak daging pada bahagian tengah satay daging juga perlu dielakkan. Setiap kali membuat sup tulang atau sup daging, pastikan minyak dilapisan atas sup tersebut dibuang dengan menceduknya.
- Kurangkan atau hadkan pengambilan daging. Tambahkan diet ikan.
- Elakkan nasi minyak dan nasi beriani kerana mengandungi margarine. Vanaspati juga dihasilkan dari minyak kelapa sawit.
- Elakkan pulut, ubi, keladi, keledek
- Makan sayur-sayuran terutama sayuran pahit termasuk pegaga, peria dan sebagainya dan jadikan kemestian setiap kali makan.
- Minum air misai kucing sekali sehari
- Makan kapsul habbatussauda mengikut aturannya.
- Ambil segenggam kacang hijau, dibasuh, direndam kira-kira 5 – 7 minit lalu direbus tanpa garam sehingga masak dan bukan sehingga lembut dan pecah kulitnya. Buang airnya dan makanlah setiap hari untuk kira-kira 3 bulan. Setelah tempuh ini boleh kurangkan kekerapan memakannya.
- Masukkan halba kira-kira kurang dari 1/2 sudu teh untuk kira-kira keluarga yang sederhana – 4 dewasa 2 kanak-kanak pada setiap memasak beras.
- Ambil buah mengkudu yang sederhana besar yang sudah masak, basuh dan belah kepada 4 bahagian. Ambil satu bahagian dan masukkan ke dalam blender. Minumlah waktu pagi. Ulang satu bahagian lagi waktu malam. Rehat satu hari pada hari kedua dan ulang perkara yang sama pada hari ketiga. Ulangi perkara yang sama iaitu satu hari makan dan satu hari rehat. Selepas 3 minggu lakukan perkara yang sama dengan 2 hari rehat (berbanding 1 hari rehat dahulu). Selepas dua bulan, bolehlah minum seminggu sekali.

Dipetik dari Laman Emjay

Barah Pangkal Rahim

Barah pangkal rahim atau juga dikenali sebagai Kanser Servik merupakan barah yang kedua paling tinggi kejadiannya di kalangan wanita di Malaysia Barah pangkal rahim juga merupakan barah paling biasa dikalangan wanita usia biak ( reproductive age ).

Salah satu faktor risiko penyakit barah pangkal rahim adalah kehadiran antibodi kepada human papillomavarius (kumpulan virus yang sama yang menyebabkan ketuat kelamin ( genital wart ) ). Walaupun tidak merbahaya, virus ini dipercayai menyebabkan perubahan kepada sel di pangkal rahim ( cervix ), menyebabkan perkembangan barah. Jenis strain HPV dikaitkan dengan barah pangkal rahim (strain 16, 18 dan 31), bukanlah jenis yang menyebabkan ketuat kelamin.

Disebabkan oleh itu, wanita yang kerap bertukar-tukar pasangan berdepan risiko lebih tinggi mendapat kanser serviks yang disebabkan jangkitan virus Human Papilloma (HPV) yang hanya tersebar melalui hubungan seks. Selain itu, kanser serviks boleh disebabkan hubungan seks pada usia terlalu muda dan tabiat merokok.

Perangkaan Kementerian Kesihatan malaysia pada 2001 menunjukkan, kira-kira 26 peratus saja wanita menjalani ujian pap smear, manakala 74 peratus lagi memberi perhatian terhadap pemeriksaan kanser payu dara.

Pada tahun 2003, Daftar Kanser kebangsaan melaporkan bahawa kadar kasar kejadian barah pangkal rahim di Malaysia ialah 16.5 wanita dalam setiap 100,000 penduduk. Penyakit ini merangkumi 12.9 peratus barah yang dihidapi wanita.

‘‘Ini bermakna lebih 1,300 wanita didiagnosis menghidapi kanser serviks dan lebih 750 wanita mati akibat penyakit ini setiap hari.

Secara amnya wanita perlu menjalani tiga jenis pemeriksaan iaitu ujian kanser payu dara, ultra sound dan lumuran pap sekurang-kurangnya dua tahun sekali.

Wanita dinasihatkan untuk menjalani ujian lumuran Pap setiap tahun untuk memeriksa sel pra-barah, atau sebarang kelainan. Jika barah pangkal rahim dikesan awal, ia boleh dirawat tanpa mengganggu kesuburan.

Dalam barah pangkal rahim), sel-sel di Pangkal tumbuh secara tidak normal. Sel-sel terus membesar dan membentuk satu ketumbuhan atau tumor. Jika tidak dirawat sel-sel barah ini boleh merebak ke bahagian badan yang lain melalui sistem darah atau limfa anda.

Barah pangkal rahim mengambil masa bertahun-tahun untuk berkembang. Sebelum barah pangkal rahim berkembang, perubahan awal berlaku di dalam sel pada permukaan pangkal rahim. Ini disebut peringkat pra-kanser.

Apakah Tanda-Tanda Gejala Barah Pangkal Rahim?

* Lelehan faraj yang berair dan berbau busuk.
* Rasa sakit semasa melakukan perhubungan seks.
* Perdarahan pada faraj antara haid atau selepas perhubungan seks.
* Sebarang perdarahan pada faraj selepas putus haid.

Di Amarika Syarikat , barah pangkal rahim membunuh 3,870 wanita setiap tahun dan 300,000 di seluruh dunia, kebanyakkannya diakibatkan oleh Virus Human Papilloma yang boleh tersebar melalui hubungan kelamin.

Tapai Ubi Merawat Kanser

JANGAN terkejut sekiranya satu hari nanti anda perlu menjadikan tapai ubi sebahagian dari menu harian semata-mata untuk menjaga kesihatan meskipun ia bukanlah makanan yang sesuai diambil setiap hari.

Lebih menarik kerana tapai ubi mudah dihasilkan dengan kaedah yang murah berbanding makanan kesihatan lain sama ada dalam bentuk pil atau cecair yang mahal dan tidak dapat dipastikan keberkesanannya ke atas tubuh anda.

Apa yang berlaku, proses penapaian ubi menghasilkan sejenis bahan dikenali sebagai bakteriosin.

Bakteriosin ini dihasilkan oleh sejenis bakteria asid laktik yang dipencil atau diasingkan dari tapai ubi (Manihot esculanta) dan didapati berkemampuan mencegah kanser.

Di Universiti Putra Malaysia (UPM), sekumpulan penyelidik sedang berusaha untuk mencari kemungkinan bahawa tapai ubi boleh dimakan sebagai makanan tambahan atau makanan berfungsi selepas mendapati kemampuannya mencegah penyakit kanser.

Kumpulan tersebut terdiri daripada Dr. Latifah Saiful Yazan sebagai ketua penyelidik, yang merupakan seorang pensyarah di Jabatan Sains Perubatan, Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan.

Beliau menjalankan penyelidikan tersebut bersama tiga pensyarah lain dengan kepakaran yang berbeza-beza iaitu Prof. Madya Dr. Foo Hooi Ling dan Prof. Madya Dr. Raha Abdul Rahim dari Fakulti Bioteknologi dan Sains Biomolekul serta Dr. Loh Teck Chwen dari Fakulti Pertanian.

Menurut Latifah, kajian beliau sebelum ini lebih menjurus kepada aktiviti sitotoksik sesuatu agen atau sebatian, atau secara ringkasnya ke arah pencarian sesuatu agen atau sebatian yang berkemampuan untuk membunuh sel-sel kanser pada peringkat in vitro (ujian dalam makmal).

Proses penyaringan seumpamanya telah dijalankan oleh Institut Kanser Nasional, Amerika Syarikat (AS) semenjak tahun 1960.

Kaedah ini lebih murah, memerlukan sampel yang sedikit, mudah dan cepat jika dibandingkan dengan kaedah yang menggunakan haiwan.

Oleh kerana kebanyakan ubat anti kanser membunuh sel dengan berkesan, bahan-bahan ini juga dikenali sebagai agen sitotoksik dan inilah asas kepada penyaringan tersebut.

Pada masa yang sama, Prof. Madya Dr. Foo Hooi Ling telah berjaya mengasingkan bakteriosin yang dikenali sebagai bakteriosin UL4 yang dihasilkan oleh Lactobacillus plantarum UL4 (sejenis bakteria asid laktik).

Bakteriosin UL4 ini didapati berkemampuan untuk menyekat atau merencat pertumbuhan beberapa jenis patogen atau mikroorganisma yang boleh menyebabkan penyakit seperti Bacillus aureus, Escherichia coli, Streptococcus pneumoniae, Staphylococcus aureus, Salmonella typhimurium, Enterococcus faecium, Enterococcus feacalis dan Listeria monocytogenes.

Selain itu, ia juga boleh bertahan pada suhu setinggi 1210C selama 15 minit dan suhu serendah 150C selama 60 hari dan dalam julat pH yang besar, iaitu di antara pH 2-5 (pH berasid) dan pH 7-8 (pH beralkali).

Berdasarkan ciri-ciri hebat itu, bakteriosin tersebut dilihat berpotensi besar untuk menjadi bahan pengawet semula jadi dan mesra pengguna di dalam pelbagai industri makanan seperti makanan yang dibekukan dan hasilan makanan berasid dan beralkali.

``Disebabkan ciri-ciri tersebut jugalah, kami bercadang untuk menguji aktiviti sitotoksik bakteriosin tersebut terhadap beberapa jujukan sel kanser yang kami ada,'' katanya kepada Utusan Malaysia.

Secara amnya, di dalam kaedah untuk menguji aktiviti sitotoksik ini, sel-sel kanser yang dibiakkan di dalam telaga yang terdapat pada plat 96-telaga atau plat mikrotiter dirawat dengan bakteriosin pada kepekatan yang berbeza-beza dan dibiarkan selama 72 jam di dalam kebuk karbon dioksida. Prinsipnya agen atau bahan yang sitotoksik akan merencat pembahagian sel dalam kultur.

Oleh itu, pada kepekatan yang berkesan bagi agen atau bahan tersebut, sel-sel tidak akan tumbuh membahagi dan memenuhi ruang telaga tersebut.

Kesan perencatan tersebut boleh dianalisis melalui beberapa teknik dan yang paling mudah adalah melalui asai kolorimetri dan bukan radioaktif menggunakan garam tetrazolium MTT.

Latifah mendapati bahawa bakteriosin telah menunjukkan keputusan yang positif dalam menghalang pertumbuhan sel-sel kanser berkenaan.

Bagaimanapun, beliau tidak melihat bakteriosin berpotensi untuk dibangunkan sebagai agen untuk mengubati kanser kerana nilai IC50 (kepekatan yang berkemampuan untuk mengurangkan bilangan sel sebanyak 50 peratus berbanding kawalan) adalah agak tinggi.

Dengan kata lain, sekiranya sesuatu bahan atau sebatian yang digunakan untuk membunuh sesuatu sel perlu pada tahap kepekatan sehingga separuh daripada bahan dalam uji kaji kawalan dalam makmal, ia dianggap tidak sesuai dijadikan ubat.

``Oleh kerana itu, kami cuba memandang kemampuan bakteriosin dari sudut yang berbeza.

Walaupun tidak mampu mengubati kanser, siapa tahu ia mampu untuk mencegah dari mendapat kanser.

Latifah berkata, geran yang diperoleh dari MAKNA tersebut akan digunakan untuk menguji secara teliti kesan bakteriosin ke atas tikus makmal yang diaruhkan untuk mendapat kanser kulit.

Tikus-tikus tersebut akan diaruh menggunakan bahan kimia pemula dan penggalak kanser.

Dalam pada itu, bilangan dan saiz tumor yang terbentuk akan diperhatikan.

``Insya-Allah, sekiranya penyelidikan yang dijangka memakan masa dua tahun ini menunjukkan hasil yang memberangsangkan, kami berhasrat untuk membangunkan bakteriosin sebagai makanan berfungsi,'' katanya.

Jangan Makan Ikan Sardin Dalam Tin

Saya dilahirkan dari keluarga miskin. Ibu bapa saya mengusahakankebun getah. Waktu kecil, apabila ibu atau bapa membeli ikan sardin dalam tin, ia seperti satu makanan mewah. Sejak kecil memang saya suka makan sardin. Apatah lagi kalau masakan sardin yang dimasak oleh arwah ibu. Walau pun saya suka makan sardin, namun tidak berpeluang makan dengan kerap maklumlah bagi keluarga saya ketika itu, ia dianggap mahal.


Harga ikan sardin dalam tin pada hari ini dikira amat murah. Dalam lingkungan RM3 – RM4 sudah dapat satu tin sardin bersaiz besar. Kalau nak dibandingkan dengan membeli ikan kembung segar di pasar, rasanya lebih mudah dan murah membeli ikan sardin dalam tin. Tidak perlu memproses buang perut dan membasuh dan membubuh garam dan kunyit. Pendek kata, kalau beli ikan sardin, buka penutup, potongkan sedikit bawang dan tumiskan dengan cili, dalam tempuh yang singkat sudah siap lauk ikan sardin.

Tabiaat suka makan sardin saya berterusan sesudah kahwin. Namun tidak kerap kerana isteri kurang gemar ikan sardin. Setelah saya berkenalan dan berguru dengan arwah guru, barulah saya terpaksa berhenti terus dari makan ikan sardin. Arwah guru saya bertegas memberikan arahan kepada saya "JANGAN MAKAN IKAN SARDIN". Satu ketika setelah lama tidak makan ikan sardin, sewaktu saya makan tengahari bersama arwah guru, saya sangat terliur untuk makan lauk ikan sardin. Saya mengambil sepotong ikan sardin. Selepas itu, arwah guru saya tidak mahu bercakap dengan saya untuk beberapa jam kerana sangat marah kepada saya kerana mengambil lauk ikan sardin.

Lama kelamaan saya terpaksa belajar untuk tidak makan lagi ikan sardin. Alhamdulillah dengan pengalaman yang Allah berikan sepanjang bersama arwah guru dan terlibat dengan beberapa kes orang yang suka makan sardin, akhirnya kini saya memandang sangat jijik ikan sardin. Saya tidak akan memakan karipap ikan sardin dan sandwic sardin yang dihidangkan setiap kali mesyuarat di pejabat saya.

Mari kita lihat ikan sardin. Sewaktu saya suka makan ikan sardin dahulu, saya sangat suka makan bahagian tulang ikan sardin kerana ia lembut. Bagaimanakah ikan sardin ini diproses sehingga semua tulangnya menjadi lembut??. Kalau kita membuat eksperimen sains yang mudah di rumah dengan merebus seekor ikan kembung selama 3 hari 3 malam secara berterusan, insya-Allah akan kita dapati bahawa tulang ikan kembung ini tidak akan lembut. Mari kita ubah eksperimen ini dengan menggunakan pressure cooker memasak ikan kembung tersebut selama 3 hari 3 malam juga. Keputusannya akan tetap sama, tulang ikan kembung ini akan tetap keras.

Apa yang ingin saya persoalkan di sini ialah mengapa tulang ikan sardin ini sedia lembut apabila dikeluarkan dari tinnya? Jawapannya ialah sudah tentu terdapat bahan kimia khas yang dimasukkan ke dalam tin ikan sardin ini yang telah bertindak balas dengan tulang ikan ini sehingga menjadikan tulang ini lembut. Mengikut arwah guru saya, bahan kimia inilah yang menjadi ancaman kepada manusia apabila mereka memakan ikan sardin.

Apakah ancaman kepada manusia apabila memakan ikan sardin? Pemerhatian pertama atau kes pertama yang gunakan sebagai bahan bukti buruknya amalan makan sardin ialah kes seorang jiran saya yang terpaksa dibuang keseluruhan rahimnya kerana ketumbuhan fibroid di dalam rahimnya. Semenjak sekian lama saya berjiran dengan hamba Allah ini, saya memang tahu melalui anak-anak saya yang kerap ke rumahnya bahawa hamba Allah ini memang gemar memakan ikan sardin dan mee maggi. Maklumlah bagi seorang wanita dengan kerjaya besar yang sentiasa sibuk dan tiada orang gaji, penyelesaian mudah ialah memasak nasi berlauk ikan sardin dan kalau ingin lebih ringkas, stok
mee maggi sentiasa tersedia.

Hamba Allah ini telah kehilangan rahimnya semenjak usianya awal 40an. Begitulah, jikalau kerap seseorang terutama sekali orang perempuan gemar makan sardin, jawapannya, pelbagai tumor seperti fibroid di dalam rahim akan insya-Allah diberikan oleh Allah.

Fibroid sebenarnya adalah sejenis kanser benign yang tidak merebak ke bahagian lain tubuh. Sebenarnya berdasarkan pemerhatian-pemerhatian lalu ini boleh dirumuskan seolah-olah di dalam tin ikan sardin terdapat sejenis bahan kimia yang bersifat karsinogen (bahan kimia penyebab kanser). Apabila kerap dan sudah cukup tempuhnya, ia
akan menyebabkan tumor atau kanser samaada benign atau malignan. Namun dalam pemerhatian saya ia banyak menyebabkan fibroid dalam rahim dan tumor.

Antara sampel kajian saya yang suka dan kerap makan sardin ialah seorang hamba Allah yang secara tiba-tiba sewaktu mengandungkan anak keduanya iaitu seorang anak perempuan tiba-tiba mengidam makan ikan sardin. Hampir setiap hari sepanjang mengandungkan anak perempuannya ini hamba Allah ini akan makan ikan sardin. Akibat dari tabiaat ini, sebaik sahaja anak perempuan keduanya ini dilahirkan, terdapat
ketumbuhan pada rahim bayi perempuan ini. Pembedahan terpaksa dilakukan ketika bayi ini berusia kalau tidak silap saya 3 bulan.

Begitulah azab diperolehi dari tabiaat gemar makan ikan sardin. Namun saya bersyukur kepada Allah swt kerana sebenarnya isu makan ikan sardin inilah yang antara menjadi punca sehingga akhirnya hamba Allah ini belajar ilmu agama dari saya sehingga pelbagai amalan syirik dan tangkalnya alhamdulillah telah dapat dibuang. Hamba Allah
ini kini alhamdulillah telah menjadi antara murid saya yang banyak sekali mendapat pelbagai rahmat dari Allah walaupun dahulunya jahil.

Sebagai latihan pengukuhan kepada para pembaca budiman semua, cuba lah buat sedikit kajian ke atas mana-mana kenalan atau saudara mara yang pernah mengalami sebarang kes tumor atau fibroid dan selepas itu kajilah sejarah permakanan mereka ini. Kemungkinan besar mereka ini memang gemar dan kerap makan ikan sardin. Dengan itu marilah pembaca sekelian memboikot makan ikan sardin semoga insya-Allah dijauhkan Allah dari terkena sebarang penyakit berkaitan tumor, fibroid atau sebarang penyakit kanser lainnya.

Sekian untuk kali ini. INGAT, jangan makan ikan sardin dan sebarang jenis produk dalam tin.

Artikal ini Dipetik dari halaqah.net

Rahsia Surah Al-Fatihah

RAHSIA Surah Al-Fatihah
“Dan sesungguhnya Kami telah berikan kepadamu tujuh ayat yang dibaca berulang-ulang dan Al Quran yang agung.” (Q.S. Al Hijr 15: 87).

Sebagian besar ulama menafsirkan bahawa tujuh ayat yang diulang-ulang itu adalah surat Al Fatihah. Hakikatnya memang benar, 7 ayat dalam surat Al Fatihah ini memang diulang-ulang baca oleh seluruh umat Islam ketika melakukan solat. Hakikatnya juga ayat 1 hingga 7 surah Al-Fatihah ini diulang-ulang baca dalam 17 rakaat pada 5 kali solat sehari semalam. Surah inilah yang dibaca ketika berdoa. Surah inilah yang dibaca di majlis-majlis.

“Surah ke 1 jumlah ayat 7 dibaca 17 kali”

Allah mengajar ILMU NOMBOR kepada kita di dalam SURAH PERTAMA (Al-Fatihah) ini. Umumnya, walaupun sejarah menyatakan bahawa ayat 1-5 surah AL-ALAQ merupakan WAHYU PERTAMA untuk rasulullah SAW namun di dalam penyusunan Al-Quran, Al-Fatihah dijadikan UMMUL QURAN atau sebagai PEMBUKA Al-Quran. Surah inilah yang bakal ditemui oleh sesiapa juga yang memulakan bacaan kitab Al-Quran ini. Jika diamati, surah ini nyata unik dan berbeza dengan surah-surah yang lain dimana ayat pertamanya adalah BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM. Walaupun kita bakal bertemu kalam Bismillah di permulaan seluruh surah (kecuali surah Al-Taubah), namun Bismillah tersebut bukanlah ayat yang bertanda. Ini bermaksud, ia bukanlah sebahagian dari ayat-ayat dalam surah-surah yang diawalinya. Ia adalah ‘adab’ membaca ayat-ayat Al-Quran. Berbeza dengan Bismillah di surah Al-Fatihah, ia adalah ayat pertama di surah pertama ini. Tidak membacanya bermaksud gugurlah surah (tidak lengkap) yang seterusnya akan mengugurlah ibadah yang didirikan (contohnya solat). Adakah fenomena ini kebetulan atau ada ‘ilmu’ yang tersirat di sebaliknya? Mengapa Bismillah di surah Al-Fatihah ini bertanda ‘ayat 1’ manakala Bismillah pada awal surah yang lain tidak bertanda??

“Dan segala sesuatu pada sisi-Nya ada ukurannya.”

Allah seolah memberi PERTUNJUK PERTAMA di AYAT PERTAMA dalam SURAH PERTAMA ini.

Tatkala diteliti kalimah Bismillah di dalam susunan huruf-huruf arab, ia terbina dengan 19 huruf. Fenomena angka 19 dan kelipatannya di dalam Al Quran memang sudah cukup lama dibicarakan namun tidak semua ‘minda muslim’ mahu melihatnya dan menghayatinya. Menariknya, pengkaji-pengkaji ilmu nombor rata-rata bersetuju bahawa SIMBOL NOMBOR hanya ada Sembilan Angka kesemuanya iaitu 1, 2, 3, 4, 5, 6, 7, 8 dan 9. Dimulai dengan simbol angka 1 dan di akhiri dengan simbol angka 9. Maka, MESEJ ALLAH melalui kod metamatik 19 huruf yang membina kalimah Bismillah ini seolah menggambarkan SEGALANYA DI ANTARA 1 dan 9, yakni “DIALAH YANG AWAL DAN YANG AKHIR” sejajar dengan firmannya dalam surah Al-Hadid ayat 3 yang bermaksud:

“Dialah Yang Awal dan Yang Akhir dan Yang Zahir serta Yang Batin dan Dialah Yang Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.” QS 57:3
Kod metamatika 19 pada Bismillah ini juga memperlihatkan suatu formula metamatik agung yang membuktikan MUKJIZAT Al-Quran yang dipenuhi dengan KERANGKA KEKUNCI METAMATIKA ULUNG yang tak mampu dicipta oleh manusia. Jika dicampurkan angka yang kelihatan ini (iaitu 1 dan 9) ia akan membawa kita ke satu nilai akhir iaitu SATU (1+9 = 10 seterusnya 1+0= 1). Bukankah ayat Bismillah merupakan AYAT PERTAMA (SATU) yang tersusun di dalam Al-Quran??!.

Tidak cukup dengan itu, penemuan-penemuan oleh mereka yang mengkaji al-Quran telah menemui berbagai Rahsia Keajaiban yang membukti ALLAH adalah GURU METAMATIK melalui kitabnya Al-Quran. Antaranya:

AL-QURAN mengandungi 114 surah iaitu 19X6
Ada 6346 rangkap ayat (termasuk 112 Bismillah yg tidak bertanda iaitu 19X334 (menariknya 6+3+4+6 = 19)
BISMILLAH disebut 114 kali, walaupun ianya mudah dilihat ketiadaannya disurah 9 (ianya disebut dua kali didalam surah 27) & menjadikan 114 =19 x 6.
Dari surah 9 yang tidak ada Bismillah sampai kesurah 27 yang mempunyai ekstra Bismillah, jaraknya genap 19 surah surah.
dan banyak lagi….

Saturday, July 18, 2009

Rahsia Bulan Kelahiran

Berikut disenaraikan kajian mengenai bulan dan sikap anda, yang telah dijalankan oleh Yang Berbahagia Dato’ Dr. Fadzilah Kamsah.

JANUARI
• Bercita-cita tinggi dan orangnya serius, suka mendidik dan dididik.
• Sangat mudah melihat kelemahan orang dan suka mengkritik.
• Rajin dan setiap yang dibuat nampak keuntungan.
• Suka pada kecantikan, kekemasan dan teratur.
• Bersifat sensitif dan berfikiran mendalam.
• Pandai mengambil hati orang lain.
• Pendiam kecuali telah dirangsang.
• Agak pemalu dan mempunyai daya tumpuan yang sangat tinggi.
• Mudah mendisiplinkan diri sendiri.
• Badannya sihat tetapi mudah diserang selsema.
• Bersikap romantik tetapi tidak pandai memperlihatkannya.
• Cukup sayang pada kanak-kanak.
• Suka duduk di rumah.
• Setia pada segala-galanya.
• Perlu belajar kemahiran bersosial.
• Sifat cemburu yang sangat tinggi

FEBRUARI
• Berfikiran abstrak.
• Sukakan benda yang realiti dan abstrak.
• Bijak dan pintar
• Berpewatakan yang mudah berubah.
• Mudah menawan orang lain.
• Agak pendiam.
• Pemalu dan rendah diri.
• Jujur dan setia pada segalanya.
• Keras hati untuk mencapai matlamat.
• Tidak suka dikongkong.
• Mudah memberontak apabila dikongkong.
• Suka kegiatan yang lasak.
• Emosinya mudah terluka dan sangat sensitif.
• Mudah mempamerkan marahnya.
• Tidak suka benda yang remeh-temeh.
• Suka berkawan tapi kurang mempamerkannya.
• Sangat berani dan suka memberontak.
• Bercita-cita tinggi, suka berangan-angan dan ada harapan untuk merealisasikan impiannya.
• Pemerhatian yang tajam.
• Suka hiburan dan sukan.
• Suka benda yang bersifat seni.
• Sangat romantik pada dalaman tetapi tidak pada luaran.
• Berkecenderungan pada benda yang tahyul.
• Amat mudah dan boleh menjadi terlalu boros.
• Belajar untuk mempamerkan emosi

MAC
• Berpesonaliti menarik dan menawan.
• Mudah didampingi.
• Sangat pemalu dan pemendam rasa.
• Sangat baik secara semulajadi, jujur pemurah dan mudah simpati.
• Sangat sensitif pada perkataan yang dituturkan dan alam persekitaran.
• Suka pada kedamaian.
• Sangat peka pada orang lain.
• Sesuai dengan kerjaya yang memberi khidmat kepada orang lain.
• Tidak cepat marah dan sangat amanah.
• Tahu membalas dan mengenang budi.
• Pemerhatian dan penilaian yang sangat tajam.
• Kecenderungan untuk berdendam jika tidak dikawal.
• Suka berangan-angan.
• Suka melancong.
• Sangat manja dan suka diberi perhatian yang sangat tinggi.
• Kelam kabut dalam memilih pasangan.
• Suka dengan hiasan rumahtangga.
• Punya bakat seni dalalm bidang muzik.
• Kecenderungan pada benda yang istimewa dan baik.
• Jangan terlalu mengikut selera atau perasaan

APRIL
• Sangat aktif dan dinamik.
• Cepat bertindak membuat keputusan tetapi cepat menyesal.
• Sangat menarik dan pandai menjaga diri.
• Punya daya mental yang sangat kuat.
• Suka diberi perhatian.
• Sangat diplomatik (pandai memujuk ).
• Berkawan dan pandai menyelesaikan masalah orang.
• Sangat berani dan tiada perasaan takut.
• Suka perkara yang mencabar, pengasih, penyayang, sopan santun dan pemurah.
• Emosi cepat terusik.
• Cuba kawal perasaan.
• Kecenderungan bersifat pendendam.
• Agresif dan kelam kabut dalam membuat keputusan.
• Kuat daya ingatan.
• Gerak hati yang sangat kuat.
• Pandai mendorong diri sendiri dan memotivasikan orang lain.
• Berpenyakit disekitar kepala dan dada.
• Sangat cemburu dan terlalu cemburu

MEI
• Keras hati & tegas.
• Kuat semangat & bermotivasi tinggi.
• Pemikiran yang tajam.
• Mudah marah apabila tidak dikawal.
• Pandai menarik hati & perhatian orang lain.
• Perasaan yang amat mendalam.
• Cantik dari segi mental & fizikal.
• Tidak perlu dimotivasikan.
• Tetap pendirian, tetapi mudah dipengaruhi oleh orang lain.
• Mudah dipujuk.
• Bersikap sistematik (otak kiri).
• Suka berangan.
• Kuat daya firasat memahami apa yang terlintas di hati orang lain tanpa diberitahu.
• Bahagian telinga & leher mudah diserang penyakit.
• Daya khayalan yang tinggi.
• Permikiran yang tajam.
• Pandai berdebat.
• Fizikal yang baik.
• Kelemahan sistem pernafasan.
• Suka sastera, seni & muzik serta melancong.
• Tidak berapa suka duduk di rumah.
• Tidak boleh duduk diam.
• Tidak punya ramai anak.
• Rajin dan bersemangat tinggi.
• Agak boros

JUN
• Berfikiran jauh & berwawasan.
• Mudah ditawan kerana sikap baik.
• Berperangai lemah lembut.
• Mudah berubah sikap, perangai, idea dan mood.
• Idea yang terlalu banyak di kepala.
• Bersikap sensitif.
• Mempunyai pemikiran yang aktif (sentiasa berfikir).
• Sukar melakukan sesuatu dengan segera.
• Bersikap suka menangguh-nangguh.
• Bersikap terlalu memilih & mahukan yang terbaik.
• Cepat marah & cepat sejuk.
• Suka bercakap & berdebat.
• Suka buat lawak & bergurau.
• Otaknya cerdas berangan-angan.
• Mudah berkawan & pandai berkawan.
• Seorang yang sangat tertib.
• Pandai mempamerkan sikap.
• Mudah kecil hati.
• Mudah kena selsema.
• Suka berkemas.
• Cepat rasa bosan.
• Sikap terlalu memilih & cerewet.
• Kurang mempamerkan perasaan.
• Lambat untuk sembuh apabila terluka hati.
• Suka pada barang yang berjenama.
• Mudah menjadi eksekutif.
• Kedegilan yang tidak terkawal.
• Sesiapa yang memuji, dianggap musuh. Siapa yang menegur dianggap kawan.

JULAI
• Sangat suka didamping.
• Banyak berahsia dan sukar dimengerti terutamanya lelaki.
• Agak pendiam kecuali dirangsang.
• Ada harga dan maruah diri.
• Tak suka menyusahkan orang lain tapi tidak marah apabila disusahkan.
• Mudah dipujuk dan bercakap lurus.
• Sangat menjaga hati orang lain.
• Sangat peramah.
• Emosi sangat mendalam tapi mudah terluka hatinya.
• Berjiwa sentimental.
• Jarang berdendam.
• Mudah memaafkan tapi sukar melupakan.
• Tidak suka benda remeh-temeh.
• Membimbing cara fizikal dan mental.
• Sangat peka, mengambil berat dan mengasihi serta penyayang.
• Layanan yang serupa terhadap semua orang.
• Tinggi daya simpati.
• Pemerhatian yang tajam.
• Suka menilai orang lain melalui pemerhatian.
• Mudah dan rajin belajar.
• Suka muhasabah diri.
• Suka mengenangkan peristiwa atau kawan lama.
• Suka mendiamkan diri.
• Suka duduk di rumah.
• Suka tunggu kawan tapi tak cari kawan.
• Tidak agresif kecuali terpaksa.
• Lemah dari segi kesihatan perut.
• Mudah gemuk kalau tak kawal diet.
• Minta disayangi.
• Mudah terluka hati tapi lambat pulih.
• Terlalu mengambil berat.
• Rajin dalam membuat kerja

OGOS
• Suka berlawak.
• Mudah tertawan padanya.
• Sopan santun dan mengambil berat terhadap orang lain.
• Berani dan tidak tahu takut.
• Orangnya agak tegas & bersikap kepimpinan.
• Pandai memujuk orang lain.
• Terlalu pemurah & bersikap ego.
• Nilai harga diri yang sangat tinggi.
• Dahagakan pujian.
• Semangat juang yang luar biasa.
• Cepat marah & mudah mengamuk.
• Mudah marah apabila cakapnya dilawan.
• Sangat cemburu.
• Daya pemerhatian yang tajam & teliti.
• Cepat berfikir.
• Fikiran yang berdikari.
• Suka memimpin & dipimpin.
• Sifat suka berangan.
• Berbakat dalam seni lukis, hiburan & silat.
• Sangat sensitif tapi tidak mudah merajuk.
• Cepat sembuh apabila ditimpa penyakit.
• Belajar untuk bertenang.
• Sikap kelam kabut.
• Romantik, pengasih dan penyayang.
• Suka mencari kawan

SEPTEMBER
• Sangat bersopan santun & bertolak ansur.
• Sangat cermat, teliti & teratur.
• Suka menegur kesilapan orang lain & mengkritik.
• Pendiam tapi pandai bercakap.
• Sikap sangat cool, sangat baik & mudah simpati.
• Sangat perihatin & terperinci, amanah, setia & jujur.
• Kerja yang dilakukan sangat sempurna.
• Sangat sensitif yang tidak diketahui.
• Seorang yang banyak berfikir.
• Daya pentaakulan yang baik.
• Otak bijak & mudah belajar.
• Suka mencari maklumat.
• Kawal diri dari terlalu mengkritik.
• Pandai mendorong diri sendiri.
• Mudah memahami orang lain kerana banyak menyimpan rahsia.
• Suka sukan, hiburan & melancong.
• Kurang menunjukkan perasaannya.
• Terluka hatinya sangat lama disimpan.
• Terlalu memilih pasangan.
• Sukakan benda yang luas.
• Bersistematik

OKTOBER
• Suka berbual.
• Suka orang yang sayang padanya.
• Suka ambil jln tengah.
• Sangat menawan & sopan santun.
• Kecantikan luar & dalam.
• Tidak pandai berbohong & berpura-pura.
• Mudah rasa simpati, baik dan mementingkan kawan.
• Sentiasa berkawan.
• Hatinya mudah terusik tetapi merajuknya tak lama.
• Cepat marah.
• Macam pentingkan diri sendiri.
• Tidak menolong orang kecuali diminta.
• Suka melihat dari perspektifnya sendiri.
• Tidak suka terima pandangan orang lain.
• Emosi yang mudah terusik.
• Suka berangan & pandai bercakap.
• Emosi yang kelam kabut.
• Daya firasat yang sangat kuat (terutamanya perempuan).
• Suka melancong, bidang sastera & seni.
• Pengasih, penyayang & lemah lembut.
• Romantik dalam percintaan.
• Mudah terusik hati & cemburu.
• Ambil berat tentang orang lain.
• Suka kegiatan luar.
• Seorang yang adil.
• Boros & mudah dipengaruhi persekitaran.
• Mudah patah semangat

NOVEMBER
• Banyak idea dalam perkara.
• Sukar untuk dimengertikan atau difahami sikapnya.
• Berfikiran kehadapan.
• Berfikiran unik dan bijak.
• Penuh dengan idea-idea baru yang luarbiasa.
• Pemikiran yang tajam.
• Daya firasat yang sangat halus dan tinggi.
• Sesuai jadi seorang doktor.
• Cermat dan teliti.
• Personaliti yang dinamik.
• Sifat yang berahsia, pandai mencungkil dan mencari rahsia.
• Banyak berfikir, kurang bercakap tetapi mesra.
• Berani, pemurah setia dan banyak kesabaran.
• Terlalu degil dan keras hati.
• Apabila berkehendak sesuatu, akan diusahakan sehingga berjaya.
• Tak suka marah kecuali digugat.
• Mudah ambil berat terhadap orang lain.
• Pandai muhasabah diri.
• Cara berfikir yang lain dari orang lain.
• Otak yang sangat tajam.
• Pandai mendorong diri sendiri.
• Tidak hargai pujian.
• Kekuatan semangat dan daya juang yang sangat tinggi apabila berkehendak sesuatu.
• Cuba sampai berjaya.
• Badan yang sasa.
• Kasih sayang dan emosi yang sangat mendalam dan romantik.
• Tidak pasti dengan hubungan kasih sayang.
• Suka duduk d irumah.
• Sangat rajin dan berkemampuan tinggi.
• Amanah, jujur, setia dan pandai berahsia.
• Tidak berapa berjaya dalam mengawal emosi.
• Bercita-cita tinggi.
• Perangai tidak dapat diramal dan mudah berubah-ubah

DISEMBER
• Sangat setia dan pemurah.
• Bersifat patriotik.
• Sangat aktif dalam permainan dan pergaulan.
• Sikap kurang sabar dan tergesa-gesa.
• Bercita-cita tinggi.
• Suka menjadi orang yang berpengaruh dalam organisasi.
• Seronok bila didampingi.
• Suka bercampur dengan orang.
• Suka dipuji, diberi perhatian dan dibelai.
• Sangat jujur, amanah dan bertolak ansur.
• Tidak pandai berpura-pura.
• Cepat marah.
• Perangai yang mudah berubah-ubah.
• Tidak ego walaupun harga dirinya sangat tinggi.
• Benci pada kongkongan.
• Suka berlawak.
• Pandai buat lawak dan berfikiran logik

Sebagai panduan dan rujukan sahaja.

Beli Online di SabahBest.Com

Kami telah melancarkan Portal Kedai Online yang menjual produk-produk homeopati keluaran Farmina Bio Plus Industries Sdn Bhd. Untuk maklumat lanjut lawat http://www.sabahbest.com/


Perubatan Homeopati

Apa itu Perubatan Homeopati.

Pernahkah anda mendengar perkataan homeopati? Pernahkah anda berubat dengan cara homeopati atau makan ubat homeopati? Jika ya bagus, jika belum atau tidak pasti, inilah masanya anda mengambil tahu kelebihan dan keistimewaannya. Benarkah ia satu rawatan tradisional? Alternatif? Complimentari? Macam-macam.

Homeopatati telah bertapak di Malaysia sekitar tahun 50-an. Di Malaysia ia dipelopori oleh Dr Burhanudin Helmi, seorang tokoh negarawan yang terkenal yang mendapat asas pendidikan homeopati secara formal. Berbanding dengan sistem perubatan Barat yang diamalkan hari ini, homeopati agak baru di Malaysia. Berbagai persepsi yang menggelirukan yang kita dengar tentang homeopathy. Ada yang menyamakan ia dengan perubatan akar kayu dan rempah ratus. Ada yang menganggap homeopati tidak saintifik dan hanya satu pendapat sahaja.

Di United Kingdom dan Amerika syarikat pula, homeopati telah lama mendapat perhatian ramai. Di England sekarang, sudahpun terdapat lima buah hospital serta lebih 50 buah klinik homeopati yang berdaftar. Di negara-negara seperti India, Pakistan, homeopati merupakan satu sistem rawatan yang utama dan diiktiraf oleh kerajaan. Hospital–hospital, makmal-makmal dan institusi-instiutsi pengajian tinggi homeopaati terdapat dengan meluas di negara-negara tersebut.

Bagaimana Homeopati Bermula.

Rawatan menurut kaedah homeopati mula diperkenalkan oleh seorang doktor berbangsa Jerman, iaitu Dr samuel Hahnemann (1755-1843). Penemuan kaedah rawatan ini berlaku secara pembuktian ketika Dr Hahnemann menguji ubat kuinin bagi mengetahui kesannya. Ubat ini digunakan untuk mengubat malaria. Beliau telah mencuba ubat ini pada dirinya sendiri yang sihat pada ketika itu.

Yang anehnya setelah memakan ubat kuinin didapati timbulnya gejala atau simptom seolah-olah dia sedang mengidap malaria. Semua tanda-tanda ini hilang apabila beliau berhenti memakan ubat tersebut.

Maka timbullah satu kaedah di mana seorang pesakit boleh disembuhkan oleh sesuatu ubat, yang jika diuji pada seseorang yang sihat, akan menghasilkan gejala-gejala yang serupa dengan pesakit tersebut. Dengan itu lahirlah prinsip asas rawatan homeopati yang digambarkan oleh kalimah latin: similia similibus curentur. Apabila diterjemahkan ke dalam bahasa Inggeris, ia berbunyi Likes Will Cure Likes.

Selepas penemuan prinsip tersebut pada tahun 1790, Hahnemann telah menjalankan eksperimen ke atas berbagai-bagai jenis ubat dan akhirnya wujudlah satu sistem rawatan yang kekal hingga hari ini.

Pendekatan Rawatan Homeopati

Dalam merawat sesuatu penyakit, simptom-simptom yang ditunjukkan atau diceritakan oleh pesakit seperti demam, rasa sakit atau batuk, dijadikan asas bagi pemilihan ubat-ubat yang sesuai. Nama penyakit tidak begitu penting dalam pemilihan ubat-ubatnya. Misalnya seorang pesakit mengadu sakit perut yang memulas-mulas terutama pada waktu pagi dan pesakit rasa lega bila diurut.

Dengan simptom-simptom ini dan tanda-tanda fizikal sahaja, seorang pengamal homeopati dapat memilih ubat yang sesuai tanpa mengambil kira penyakitnya itu gastrik atau pelbagai nama lain. Walau bagaimanapun, pengetahuan mengenai penyakit adalah perlu bagi mengenal penyakit-penyakit yang merbahaya yang diluar kuasa homeopati.

Contohnya jika sakit perut itu disebabkan apendiks yang pecah atau saluran usus yang tersumbat yang memerlukan pembedahan segera, maka seorang pengamal homeopati akan mengesyorkan pesakit untuk mendapat rawatan dari pakar lain yang bersesuaian. Pengetahuan penyakit ini juga penting, di dalam pengawalan penyakit-penyakit berjangkit seperti denggi, difteria dan sebagainya.

Mengikut teori homeopati, ubat-ubatnya bertindak pada sistem pertahanan tubuh. Ia menguatkan sistem tersebut supaya tubuh dengan sendirinya dapat melawan segala kuman-kuman atau penyakit yang menyerang orang itu. Kita dapati di sini homeopati adalah cara rawatan yang lembut dan semulajadi.

Kewujudan simptom-simptom tubuh yang tidak normal adalah satu cara tubuh untuk memberitahu bahawa ada sesuatu yang tidak kena dengan tubuh itu. Simptom atau gejala-gejala yang terdapat pada seseorang seperti demam, batuk dan rasa sakit merupakan tindakbalas pertahanan tubuh terhadap penyakit. Demam dengan sendirinya dapat membunuh banyak kuman yang menyerang tubuh. Batuk adalah satu cara mengeluarkan habuk dan benda-benda kotor dalam saluran pernafasan.

Rasa sakit pula adalah tanda ada sesuatu yang tidak kena, dan perlu diambil perhatian. Maka didapati di sini, betapa pentingnya gejala-gejala tersebut diberi perhatian dalam menjaga kesihatan seseorang. Apa yang dikalukan oleh seorang pengamal adalah memadankan simptom-simptom yang ditunjukkan pesakit dengan simptom-simptom yang ditunjukkan oleh pelbagai ubat homeopati, dalam usaha untuk mencari penawar yang mujarab.

Satu lagi perkara unik mengenai kaedah homeopati adalah penggunaan ubat dengan dos atau kepekatan yang sangat rendah. Melalui proses pencairan yang berganda-ganda, bahan yang asalnya mungkin toksid atau beracun dapat dijadikan ubat yang selamat. Ubat-ubat homeopati diperbuat daripada bahan-bahan tumbuhan, haiwan, serta garam galian. Oleh kerana dosnya yang sangat rendah ibu yang sedang mengandung dan bayi yang baru lahir boleh menggunakan ubat-ubat homeopati tanpa ragu-ragu.

Apa itu Biokimia?

Biokimia atau kimia hayat yang ditulis dalam buku ini ialah sistem rawatan kesihatan yang menggunakan 12 garam asas tubuh manusia yang merupakan zat-zat bukan organik yang boleh menyembuhkan banyak masalah tubuh. Dengan syarat ia digunakan dengan betul. Biokimia tidak mengandungi dadah atau bahan-bahan kasar, ia selamat, berkesan dan jauh lebih baik daripada ubat-ubatan lain yang dijual secara terbuka dalam pasaran.

Makna biokimia

Biokimia adalah perkataan Yunani bios bermakna hayat dan kimia. Ia menerangkan tentang pertukaran-pertukaran atau proses kimia yang sentiasa berlaku dalam perjalanan hayat. Proses ini melibatkan bahan-bahan organik dan bukan organik (inorganic) dalam pembentukan dan perjalanan tugas sel-sel tubuh. Ia berlaku setiap masa selama manusia masih hidup.

Melalui proses-proses ini berbagai-bagai tisu tubuh terbentuk menentukan daya hayat kehidupan seperti pernafasan, pencernaan, perkumuhan dan lain-lain. Biokimia yang dimaksudkan dalam buku ini mengikut pengasasnya Dr Wilhelm Henrich Schuessler menerangkan satu sistem terapeutik. Ianya berbeza dengan istilah biokimia yang digunakan dalam ilmu perubatan allopaathy yang meliputi proses kimia fisiologi.

“ Garam Biokimia“.
Apa itu garam biokimia? Garam hayat biokimia ditemui oleh Dr. Wm. H.Schnesscer yang termasuk dalam piawaian remedi homeopathy menjadi terapi biochemic. Ia telah dibuktikan secara saintifik dan mempunyai 12 remedi seperti berikut:

• Calcarea Fluorica
• Calcarea Phosphorica
• Calcarea Sulphurica
• Ferrum Phosphoricum
• Kalium Muriaticum
• Natrium Phosphoricum
• Kalium Sulphuricum
• Magnesium Muriaticum
• Natrium Muriaticum
• Kalium Phosphoricum
• Natrium Sulphuricum
• Silicea Terra

Friday, July 10, 2009

Suplemen Homeopati Baik Untuk Ibu Mengandung?

ALOR SETAR, 5 Mei (Bernama) -- Keletihan serta alahan yang serius merupakan satu fenomena yang sering dialami segelintir wanita hamil terutama mereka yang hamil buat kali pertama.

Situasi ini seringkali mengganggu emosi wanita bermula dari awal usia kandungan sehinggalah detik melahirkan anak.Pelbagai jenis suplemen seperti multi-vitamin yang dibekalkan oleh doktor diambil untuk mengurangkan masalah berkenaan, termasuklah yang popular di pasaran iaitu rumusan berasaskan homeopati.

Hasil perkembangan teknologi perubatan, pelbagai jenis makanan kesihatan tambahan diperkenalkan dan setiap suplemen dipercayai mempunyai kelebihan tersendiri.

RUMUSAN HOMEOPATI

Pengamal perubatan homeopati Dr Husna Azizan berkata, antara hasil perkembangan teknologi perubatan termasuklah pengenalan kepada rumusan homeopati, biokimia dan herbalisme."Terdapat pelbagai jenis produk homeopati untuk wanita hamil yang berasaskan alam semulajadi, mineral dan galian di pasaran tempatan", katanya kepada Bernama disini.

Dr Husna berkata rumusan pemakanan homeopati dipercayai mampu membantu kaum ibu menjalani pengalaman hamil dengan lebih selesa dengan membekalkan zat tambahan yang memberi lebih tenaga kepada mereka.

"Rumusan homeopati membekalkan zat besi mudah hadam untuk wanita hamil, mengurangkan muntah, loya serta alahan, mencegah demam, batuk, selesema, sakit kepala dan sakit gigi."

Pengambilan rumusan homeopati juga dipercayai dapat merangsang pembinaan saraf dan otak bayi semasa dalam kandungan lagi", kata Dr Husna.

KELEBIHAN HOMEOPATI

Dr Husna berkata wanita hamil yang mengambil suplemen homeopati yang lengkap dengan kandungan zat besi juga akan lebih bertenaga, cerdas dan dapat mengawal emosi agar sentiasa tenang. Ia juga dipercayai dapat mengurangkan sakit serta memudahkan kelahiran bayi di samping dapat menghilangkan rasa takut serta cemas kepada bakal ibu, katanya.

Beliau berkata wanita hamil sangat digalakkan mengambil suplemen seperti rumusan pemakanan homeopati bagi memastikan emosi serta kesihatan bakal ibu berada pada tahap yang baik.

"Keadaan kesihatan ibu akan mempengaruhi tahap kecerdasan anak di dalam kandungan dan sekiranya ibu sentiasa sihat dan cergas, bayi juga akan sihat dan cergas", katanya.

Beliau berkata sebaiknya suplemen homeopati diambil setelah kandungan mencecah usia tiga bulan ke atas.

Dr Husna berkata ia juga dapat membantu menyusun semula alat peranakan di samping menguatkan seluruh anggota tubuh yang terjejas akibat proses bersalin. Katanya, pengambilan rumusan homeopati juga boleh diteruskan sehingga lepas bersalin untuk membantu melegakan luka, menghilangkan sengal serta bisa-bisa selepas bersalin.

PANDANGAN PAKAR

Sementara itu Pakar Ginekologi dan Obstetrik di Kedah Medical Centre, Dr Kamaruzaman Ali berkata setiap wanita hamil perlu berwaspada dalam memilih apa saja rumusan makanan tambahan termasuk homeopati.

Beliau berkata, tempoh tiga bulan pertama kandungan adalah sangat kritikal dan bakal ibu seharusnya peka dan tidak terlalu ghairah mengambil pelbagai makanan tambahan yang kononnya menjamin kesihatan bayi yang dikandung.

"Bagi saya, multi-vitamin yang selalu dibekalkan doktor sudah mencukupi kerana dari segi prinsip homeopati, ia melibatkan penggunaan steroid dalam dos yang rendah untuk meningkatkan sistem imun untuk melawan penyakit dan kadang-kadang ia hanya mengandungi zat besi semata-mata.

"Yang penting ialah mendapatkan nasihat pakar sebelum mengambil apa-apa suplemen kerana dalam perubatan moden pun ibu hamil perlu berwaspada tentang ubatan kerana ia mungkin membahayakan kesihatan kandungan," tambah beliau.

-- BERNAMA

Bio Chemic Plus

Kandungan : 220 Tablet
MAL07050950T
Harga : RM68.00 (Sem. Mal) / RM71.00 (Sab/Swk)
Kos Penghantaran : RM7.00 Ke Seluruh Destinasi Dalam Malaysia (Poslaju)



Perubatan biokimia diperkenal dan dimajukan oleh seorang doctor bangsa Jerman, Dr. Wilhelm


Helmut Schuessler, dalam tahun 1873. sistem ini bertolak daripada teori yang berasaskan bahawa penyakit terjadi akibat kekurangan mana-mana satu atau lebih daripada satu garam mineral dalam tubuh. Garam mineral ini digelar garam tisu biokimia. Hasil kajian analisis yang begitu teliti yang dijalankan, Dr. Schuessler mendapati terdapat 12 jenis garam tisu dalam tubuh yang sihat, iaitu :-



- Silika
- Kalium fosfat
- Magnesium fosfat
- Natrium fosfat
- Ferum fosfat
- Kalsium fosfat
- Kalsium florida
- Kalium sulfat
- Natrium klorida
- Kalium klorida
- Kalsium sulfat
- Natrium sulfat



BIO CHEMIC PLUS



- Ia merupakan makanan kesihatan pelbagai guna untuk kegunaan seisi keluarga
- Membantu untuk pemulihan kesihatan
- Menghilangkan keletihan atau memberi tenaga
- Mengelakkan tekanan atau bosan
- Sangat berguna untuk mereka yang aktif sukan dan kuat bekerja
- Juga berguna untuk haiwan peliharaan



KANDUNGAN DAN TUGAS PENAWAR



Sukrosa
-Memberi tenaga baru untuk bekerja dan belajar



Silika
-Bertindak sebagai pembersih dan pembasmi
-Mengelakkan masalah kerapuhan kuku dan permukaan tulang



Kalium fosfat
-Merupakan makanan untuk saraf
-Membantu membina sel-sel otak menjadi positif dan menajamkan fikiran



Magnesium fosfat
-Membantu mengelakkan sawan, kekejangan otot dan gastric



Natrium fosfat
-Berfungsi sebagai penawar asid
-Membantu proses penghadaman
-Membantu melegakan pening kepala, mabuk dan sakit perut



Ferum fosfat
-Berfungsi sebagai pembawa oksigen
-Membantu membawa oksigen ke seluruh tubuh badan dan otak

Kalsium fosfat
-Membantu tulang menjadi sihat dan kuat
-Membantu mengatasi masalah pucat dan kurang darah merah
-Membantu proses pemulihan selepas sakit



Kalsium florida
-Membantu pembinaan tisu-tisu anjal, kulit dan tulang
-Berguna untuk masalah berkaitan urat dan buasir



Kalium sulfat
-Berguna untuk mengawal kesuburan rambut, mengatasi masalah lelah, pitam dan haid
-Bahan yang membantu sel-sel menerima oksigen yang dibawa oleh darah ke seluruh tubuh



Natrium klorida
-Berfungsi sebagai penyebar air, mengawal darjah kelembapan dalam tubuh badan
-Sesuai untuk mereka yang lemah semangat, sering selsema, mudah penat dan lesu



Kalium klorida
-Penawar bagi keadaan yang tidak cergas
-Ia membantu masalah selsema, penyakit telinga dan hilang pendengaran



Kalsium sulfat
-Ia bertindak sebagai pembersih darah
-Membantu penyembuhan luka, jerawat dan kudis



Natrium sulfat
-Ia bertindak sebagai pengimbang air dan pembuang kotoran dalam tubuh
-Membantu menjaga fungsi hati atau hepar
-Menentukan air hempedu mengalir dengan betul



Aturan makan :-



Boleh dikemam atau diletak bawah lidah
Bulan pertama : 1) kanak-kanak (2 biji ; 3 kali sehari) 2) Dewasa (3 biji ; 3 kali sehari)
Makan ketika perut kosong ( ½ jam sebelum atau selepas makan )

Farmina pilih homeopati bantu pelajar

PENGALAMAN bergelar guru kaunselor banyak mempertemukan dirinya dengan pelajar-pelajar sekolah, khususnya yang menghadapi pelbagai masalah dalaman mahupun luaran.
Namun jiwa keibuan pada dirinya memahami setiap langkah dan gerak geri setiap pelajar bermasalah untuk diselesaikan dengan pendekatan psikologi dalam membantu mereka.

Malah keprihatinan dan kasih-sayangnya kepada pelajar ibarat anak-anak sendiri. Semuanya untuk melihat mereka berjaya dalam kehidupan menyebabkan Pengarah Urusan Farmina Bio Plus Industries & Consultants Sdn. Bhd., Dr. Farmina Hassan, 50, mencari formula produk kesihatan minda saraf Farmina Bio Plus. Ia berasaskan rumusan biokimia homeopati dan bioteknologi herba.

Timbulnya idea menghasilkan produk ini ketika berhadapan dengan pelajar yang kerap menghadapi masalah mengantuk dalam kelas, lemah daya ingatan dan tidak ada semangat untuk belajar.

Wartawan MOHD. SAIFUL MOHD. SAHAK dan jurufoto AZLI AHAD berkongsi pengalaman dengan usahawan bumiputera yang mengusahakan perniagaan homeopati di Johor Bahru ini.

MEGA: Apakah faktor yang mendorong Dr. untuk terlibat dalam produk makanan kesihatan?

DR. FARMINAH: Sebenarnya banyak faktor yang mendorong saya menceburi dunia perniagaan kesihatan khususnya dalam bidang homeopati. Antaranya ingin mengubah tabiat negatif masyarakat, anak-anak dan pelajar untuk mengubah diri mereka kepada sesuatu perkara yang positif.

Kebanyakan mereka memberi alasan tidak mampu untuk mengambil risiko dan berani dalam kehidupan seharian mereka. Faktor kekurangan dan kelemahan pada diri sendiri menjadi penghalang mereka berdikari dan berhadapan dengan masyarakat.

Faktor ini merupakan pendorong utama kerana memikirkan nasib pelajar-pelajar ini yang lemah dan tidak berdaya saing dalam pelajaran. Sokongan sumber perubatan kesihatan ini diperlukan bagi memastikan anak-anak sentiasa cergas dan sihat. Sekali gus, penerimaan mereka ketika belajar di sekolah dapat diterima dengan baik.

Paling mustahak apabila kita sebagai ibu atau guru berusaha mencari jalan penawar untuk melahirkan anak-anak yang seimbang dari segi mental, rohani dan fizikal melalui kaedah homeopati ini. Bagi melayakkan saya menceburi bidang ini, saya mengikuti kursus perubatan homeopati sejak 1982 sehingga menamatkan pengajian di peringkat Doktor Falsafah di Universiti Terbuka Sri Lanka pada 1994.

Bilakah perniagaan perubatan homeopati ini bermula dan siapakah pendorong utama membuka perniagaan ini?

DR. FARMINAH: Perniagaan ini bermula pada 1994 di mana ketika itu saya membuka sebuah Klinik Perubatan Homeopati di Parit Raja, Johor yang hanya merawat wanita dan kanak-kanak.
Pada permulaannya masyarakat ketika itu masih tidak mengetahui tentang perubatan ini.

Namun setelah diketengahkan melalui iklan dan promosi secara giat akhirnya, pihak kami memperoleh reaksi dan maklum balas positif. Sedikit demi sedikit masyarakat mula mempercayai kaedah perubatan ini mampu mengubati pelbagai masalah kesihatan dengan berkesan.

Saya bersyukur kerana sentiasa dimurahkan rezeki. Alhamdulillah, akhirnya perniagaan ini mendapat tempat di pasaran. Namun kejayaan perniagaan ini juga hasil daripada sokongan suami tersayang, Dr. (H) Nasir Berau, 54, yang lebih dahulu aktif dalam bidang ini.

Apakah kelebihan yang ada pada produk makanan kesihatan ini?

DR. FARMINAH: Sebenarnya produk saya ini merupakan penawar yang digunakan dalam sistem perubatan homeopati yang bersumberkan tumbuhan, bahan galian dan alam sekitar.

Produk homeopati ini dapat membantu merangsang pertumbuhan antibodi dalam badan secara semula jadi. Antara produk yang dikeluarkan oleh syarikat ialah Bio Qi (Pintar Minda)-31741 membantu pelajar-pelajar yang malas dan kurang fokus dalam pelajaran dan pekerjaan, Bio Haz-(Pintar Haz) (MAL07050949T-no pendaftaran Kementerian Kesihatan) digunakan untuk membantu pelajar yang susah belajar dan ubat permulaan bagi program peningkatan minda.
Bio Lingua - (Pintar Bahasa) digunakan untuk membantu memudahkan mempelajari bahasa dan berkomunikasi serta mengaktifkan otak sebelah kanan.

Bio Chemic Plus pula digunakan membantu menguatkan fizikal, minda dan emosi serta memperbaiki masalah-masalah kesihatan. Bio Sasmat digunakan bagi mereka yang menghadapi masalah untuk belajar subjek matematik dan mengaktifkan otak sebelah kiri. Kacip Fatimah pula khusus untuk kesihatan wanita.

Kesemua produk ini bertindak membantu meningkatkan kecergasan minda dan fizikal seseorang. Ia bukan hanya untuk anak-anak tetapi sesuai untuk orang dewasa.

Selain itu, apakah produk dan perkhidmatan lain yang ditawarkan oleh syarikat puan?

DR. FARMINAH: Syarikat juga menawarkan produk penjagaan kecantikan seperti krim aroma terapi, krim sirih, krim muka calendula, minyak kelapa dara. Kami turut menyediakan perkhidmatan bimbingan dan pembangunan usahawan, kaunseling individu dan kelompok serta menganjurkan kursus peningkatan personaliti unggul.

Melalui kursus ini, syarikat melatih bakal usahawan-usahawan untuk menambah pendapatan mereka dengan menjadi pengguna dan pengedar produk makanan kesihatan syarikat.

Selain itu syarikat juga menawarkan perkhidmatan melalui peningkatan sahsiah iaitu dengan mengunakan teknik ujian psikologi, ujian personaliti, IQ dan ujian kerjaya. Bagi sektor perkilangan pula, syarikat membuat kontrak perusahaan untuk produk-produk makanan kesihatan seperti herba, homeopati dan bioteknologi.

Apakah cabaran-cabaran yang dihadapi sebelum berada pada tahap ini?

DR. FARMINAH: Untuk mengeluarkan produk sendiri, ia bukan mudah seperti apa yang dilihat sekarang. Ia memerlukan kajian dan kelulusan Kementerian Kesihatan, jabatan agama Islam dan pihak-pihak tertentu.

Segala-galanya memerlukan perancangan dan penelitian di samping, mengikut piawaian yang ditetapkan.

Apakah rahsia kejayaan syarikat Farmina Bio Plus Industries & Consultants Sdn. Bhd. berjaya sehingga hari ini?

DR. FARMINAH: Rahsia kejayaan syarikat ialah menggunakan pendekatan rangkaian kerjasama antara majikan dengan pekerja.

Malah kami juga menggunakan pendekatan memberi latihan kepada pelatih-pelatih, di samping mengawal perbelanjaan syarikat dengan sistematik. Syarikat mengamalkan sistem berlandaskan Islam dengan tidak mengambil untung yang berlebihan malah mengamalkan konsep kesederhanaan untuk mendapatkan keuntungan yang berpatutan.

Apakah visi syarikat untuk tempoh 10 tahun akan datang?

DR. FARMINAH: Kami merancang meningkatkan ekonomi syarikat di samping membantu umat Islam pada tahap global. Dalam memperjuangkannya, syarikat menjana idea daripada pelbagai bidang seperti pendidikan, perubatan, pentadbiran, psikologi dan sosial serta teknologi maklumat.

Sunday, July 5, 2009

Bio Sasmat

Kandungan : 60 Tablet
MAL07061380T
Harga : RM47.00 (Sem. Mal), RM50.00 (Sab/Swk)
Kos Penghantaran : RM7.00 Ke Semua Destinasi Dalam Malaysia (Poslaju)


- Mengikut kajian ,otak manusia terbahagi kepada dua bahagian iaitu otak kiri dan kanan.
- Otak kiri berfungsi untuk menyelesaikan masalah analitikal, logik, sains dan matematik.
- Bio sasmat adalah produk khusus yang diformulasikan khas untuk membantu mengaktifkan fungsi otakkiri sekaligus membantu individu yang lemah dalam subjek sains dan matematik.
- Selain itu, ia juga boleh menguatkan fungsi-fungsi tubuh.
Aturan Makan :
Kanak-kanak : 1 biji sekali sehari
Dewasa : 1 biji 2 kali sehari

Friday, July 3, 2009

Farmina Bio Plus Industri & Consultants Sdn Bhd

PENGENALANPengalaman bergelar guru kaunselor kepada pelajar-pelajar sekolah rendah dan menengah sekitar Johor Bahru kira-kira 13 tahun lalu menjadikan Dr. Farmina Hasan semakin prihatin dan peka dengan keperluan golongan tersebut. Ini jelas dilihat dalam usahanya menghasilkan sendiri produk makanan kesihatan untuk minda dan saraf Farmina Bio-Plus berasaskan rumusan biokimia dan homeopati.

Farmina Bio Plus Industri & Consultans Sdn. Bhd. Telah ditubuhkan sebagai sebuah syarikat korporat Sendirian Berhad pada 15hb Julai 2004 dibawah Akta Syarikat di Malaysia dengan No. Pendaftaran 659690-U.Syarikat ini di asaskan oleh Dr. Farminah Bt. Hasan. Farmina Bio Plus adalah syarikat Bumiputra sepenuhnya dan syarikat mempunyai pejabat urusan dan kilang di Parit Raja, Batu Pahat. Menyeluruh mencakupi latihan seperti ceramah, bengkel, seminar dan perundigan dalam bidang bioteknologi herba, biochemic, dan homeopati adalah aktiviti FBIC. Farmina Bio Plus bermula di Parit Raja, Batu Pahat, Johor dengan sebuah klinik kecil dan sehingga kini telah memiliki sebuah kilang penghasilan produk yang berasaskan Bioteknologi dan Herba juga menggunakan kaedah Homeopati. Ia berkembang dalam sektor membuat dan membungkus produk – produk biotek, herba, biokimia dan homeopati melalui kilang yang bertaraf GMP (Good Manufacturing Practice ) yang beralamat di :-

KSB 2-10, Kawasan Perindustrian IKS, Jalan Parit Raja, 86400 Parit Raja, Batu Pahat, Johor. Kilang FBIC mula beroperasi setelah didaftarkan pada 15 Mei 2005.
Kini FBIC dapat berdiri lebih kukuh dengan mempunyai 7 stokis negeri dan mempunyai bilangan yang ramai di seluruh Malaysia.

PROFIL SYARIKAT
Nama syarikat : Farmina Bio Plus Industries & Consultants Sdn. Bhd.
Alamat surat- menyurat : No. 11, Susur Jalan Kluang / Parit Raja, Pusat Perniagaan Parit Raja, 86400 Parit Raja, Batu Pahat, Johor.
No. telefon : (a) Pejabat: 07-4532910 (b) Faks: 07-4542159
(c) Telefon bimbit: 019-7765570 / 019-7452755
Bentuk perniagaan : Sendirian Berhad
Tarikh mula perniagaan : 15 Julai 2004
No. pendaftaran syarikat : 659690-U
Modal permulaan : RM 500,000.00
Modal berbayar : RM 2,000,000.00
Bank berurusan : CIMB bank
No. akaun : 01140004703054
Nama pemilik : Dr. (H) Hjh. Farminah Bt. Hassan
Ahli lembaga Pengarah : Dr. (H) Hjh. Farminah Bt. Hassan
Dr (H) Hj Nasir Bin Berau
En Mohd Nurakmal Bin Hj Nasir
En. Jefri Bin Selamat

Bio Lingua

Kandungan : 90 Tablet
MAL07050948T
Harga : RM47.00 (Sem. Mal), RM50.00 (Sab/Swk)
Kos Penghantaran : RM7.00 Ke Semua Destinasi Dalam Malaysia (Poslaju)
    • Berdasarkan kajian, otak sebelah kanan berfungsi untuk menyelesaikan masalah yang berkaitan dengan seni, muzik, kerja – kerja kreativiti dan kemahiran berbahasa

    • Bio Lingua adalah 1 produk yang diformulasikan khusus untuk otak kanan

    • Ia membantu mengaktifkan otak kanan sekaligus meningkatkan kemampuan penggunanya menguasai kemahiran berbahasa

    • Makanan kesihatan yang berasaskan homoeopati

    Aturan Pemakanan :

    Kanak-kanak : 1 biji 2 kali sehari
    Dewasa : 2 biji 2 kali sehari